BN kena tunggu lagi…


Barisan Nasional (BN) perlu menunggu keputusan daripada Sultan Perak, Sultan Azlan Shah mengenai permohonan untuk menubuhkan kerajaan negeri yang baru ekoran telah mempunyai majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang mencukupi.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak memberitahu sidang media selepas mengadap Sultan Azlan, setelah beliau menyembah perkara berkenaan, Sultan Perak telah menitahkan supaya semua ADUN BN dan tiga ADUN Bebas mengadap Baginda di Istana Kinta.

“Pada pertemuan itu tiga ADUN Bebas telah memaklumkan kepada Paduka Seri Sultan bahawa mereka telah meninggalkan parti masing-masing dan memberi pengakuan bahawa mereka menyokong kerajaan Barisan Nasional khususnya calon Menteri Besar yang akan dikemukakan ke bawah Duli Tuanku,” katanya.

Oleh itu katanya, kini terserah kepada Sultan Perak untuk membuat keputusan yang sewajarnya sama ada menerima cadangan BN untuk menubuhkan kerajaan baru atau membubarkan Dewan Undangan Negeri.

Ditanya adakah calon Menteri Besar juga telah dikemukakan kepada Sultan Perak, Najib berkata, ia belum dibuat lagi kerana perlu mengikut proses sesuai dengan undang-undang tubuh negeri Perak.

“Ada proses yang kita patut dan perlu ikuti berdasarkan undang-undang tubuh negeri Perak. Jadi sebelum Menteri Besar Perak yang baru boleh ditentukan dan mengangkat sumpah, Tuanku kena buat keputusan sama ada membubarkan Dewan Undangan Negeri atau meminta Menteri Besar sekarang meletakkan jawatan,” ujar beliau.

Najib turut menjelaskan, BN akan mengikuti proses yang disepatutnya di mana proses utamanya ialah Sultan Perak mesti menentukan keputusannya.

“Kita akan hormati apa-apa keputusan yang Tuanku buat kerana itu adalah hak mutlak Tuanku,” tambahnya.

Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin memberitahu wartawan di Bagan Serai, beliau telah dititah mengadap oleh Sultan Perak petang ini.

Manakala, Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula dilaporkan akan berada di Ipoh bagi mengadakan pertemuan dengan Nizar dan ada maklumat menyebut, pihaknya sedang berusaha untuk mengadap Sultan Perak berhubung kemelut politik yang melanda negeri berkenaan.

Malah, Anwar juga dikatakan akan bersama-sama menghadiri satu perhimpunan di kediaman Menteri Besar Perak, malam ini. – 5/2/2009

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: