Rupa-rupanya Nasharuddin hanya penutup kemelut ketidaktentuan kerajaan negeri Perak


Kerajaan negeri Perak sedang kucar kacir, sebahagian ADUN DAP dan PKR akan lompat parti untuk menyertai BN.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau tidak tahu berapa ramai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Pakatan Rakyat (PR) di Perak yang berkemungkinan menyertai Barisan Nasional (BN). “Saya tidak tahu, kita akan lihat,” katanya ketika diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bahawa beberapa ADUN PR akan menyertai BN.

Najib berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Pentas Studio Pengadunan Digital Perbadanan Filem Nasional (Finas) di Kompleks Merdeka Studio di sini malam tadi.

Awal semalam, Abdullah memberitahu pemberita bahawa beberapa wakil rakyat PR di Perak akan menyertai BN ,”Insya-Allah, ia akan berlaku. (Kita akan) terima mereka kerana ini pilihan mereka dan mereka mahu menyertai kita dalam perjuangan… ia akan merupakan satu pengalaman baru untuk mereka dan membenarkan mereka berpeluang untuk berkhidmat melalui BN,” kata Abdullah.

Sementara itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan Pakatan Rakyat di Perak masih stabil walaupun terdapat dakwaan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada gabungan parti itu mungkin menyertai Barisan Nasional (BN). Beliau berkata, wakil rakyat Pakatan Rakyat sudah memberi pengakuan kepada Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dalam pertemuan pagi semalam bahawa mereka berdiri teguh mempertahankan kerajaan itu.

Sementara itu kerajaan negeri Perak pimpinan Pakatan Rakyat, yang berusia 11 bulan, kini menuju ketidaktentuan dengan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), yang diisytihar telah melepaskan kerusi masing-masing semalam, mahu mencabar kesahihan kenyataan Speaker. Pendirian kedua-dua ADUN Behrang dan Changkat Jering itu, dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), yang menafikan telah menghantar surat letak jawatan, dijangka mengusutkan senario politik Pera.

Kira-kira dua jam selepas kenyataan Speaker Dewan Undangan Negeri, V. Sivakumar, ADUN Behrang, Jamaluddin Mat Radzi dan rakan sejawatannya dari Changkat Jering, Mohd. Osman Jailu berkata, surat letak jawatan yang dimaksudkan beliau itu sebenarnya telah ditandatangani 8 Mac lalu.

“Surat tanpa tarikh itu ditandatangani oleh tujuh ADUN PKR kerana kerajaan negeri bimbang kami akan menyertai Barisan Nasional (BN). “Nampaknya surat ini telah diguna pakai untuk mengumumkan kononnya kami meletak jawatan. “Ini satu pembohongan dan saya akan berbincang dengan peguam untuk tindakan selanjutnya,” Jamaluddin berkata demikian ketika dihubungi, beberapa jam selepas Speaker mengumumkan mereka meletakkan jawatan.

Jelas disini semua calon PKR telah dipaksa oleh Anwar untuk menandatangani surat letak jawatan yang tidak bertarikh dan sekira ada diantara yang melompat parti maka mereka akan mengisikan dan mengguna pakai surat yang telah ditandatangani dan kerusi mereka akan dikosongkan untuk dipertandingkan kembali dan mereka tidak akan layak untuk bertanding kembali. Inilah taktik kotor pembangkang yang tidak demokrasi dan dengan surat yang telah mereka tandatangani mereka begitu yakin bahawa tidak ada ADUN mereka yang akan melompat parti.

Namun segala masalah sebenarnya hanyalah teknikal dan boleh diatasi, seperti kata Pak Lah kita tunggu sahaja kerana ada ura-ura beberapa ADUN DAP dan PKR tetap akan meyertai BN. Nampaknya Perak kini menjadi kelam kabut apabila Anwar berjaya menutup kemelut dan kekusutan yang berlaku dalam kerajaan Perak dengan memujuk ADUN BN melompat parti.

Pengarang: zanas

Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan.

Tinggalkan komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

PENAPIS AIR CUKCOO

CUCKOO - PENAPIS AIR MINERAL BERALKALI RINGAN

MENDAULATKAN MARTABAT BANGSA

Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan.