Nik Aziz jangan terlalu yakin – Pengundi KT pernah tertipu dan telah menghukum Pas


Belum pun penamaan calon bagi pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu diumumkan oleh mana-mana parti yang bertanding, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini berkata beliau begitu yakin Pas akan menang besar pada pilihan raya itu, 17 Januari depan. Menteri Besar Kelantan itu berkata keyakinan itu berikutan calon Pas yang akan bertanding pada pilihanraya itu pastinya antara yang terbaik.

Pastinya semua yang bertanding akan meletakan calon yang terbaik. Mana ada parti yang mahu pertaruhkan calon yang kurang baik atau calon yang melepaskan batuk ditangga sahaja. Apakah Nik Aziz lupa bahawa BN dan UMNO pasti akan meletakan calon yang terbaik juga dan yang penting Nik Aziz perlu ingat bahawa kerusi ini dimenangi oleh BN dalam pilihanaya yang lalu.

Yang hairannya, kata beliau lagi, “Calon memang tak bahas lagi, tapi kita bercakap pada dasar dan kita yakin sangat akan menang, kalau tidak yakin macam mana nak jadi orang Islam kerana Islam memerlukan keyakinan.” Bukan itu sahaja, segala apa yang UMNO buat selama ini Pas juga boleh buat, pembangunan, Pas boleh buat, nak jaga Melayu, Pas boleh jaga, tak ada sebab langsung untuk UMNO dipilih,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di sini.

Bagaimana Nik Aziz begitu yakin dengan calon yang belum pun dibahaskan, jelas ini membayangkan bahawa Nik Aziz suka bercakap, buat belum tahu lagi. Cakap tak serupa bikin.

Sebelum ini Nik Aziz sudah mempunyai calon pilihan iaitu Mohamad Sabu (Mat Sabu) untuk bertanding bagi kerusi tersebut. Bagaimanapun, berlaku pergolakan didalam jawatan kuasa Pas pusat menolak pilihan Nik Aziz itu kerana Mat Sabu dikatakan bukan calon sesuai biarpun pernah bertanding bagi kerusi parlimen itu. Pesuruhjaya Pas Terengganu, Datuk Mustapa Ali dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas Batu Buruk, Doktor Syed Azman Syed Ahmad antara calon yang disebut-sebut akan bertanding dalam pilihan raya itu. Pas akan mengumumkan secara rasmi calonnya pada 21 Disember ini.

Selain itu Nik Aziz berkata, rakyat daripada pelbagai kaum dan agama juga dilihat memberi sokongan penuh terhadap parti itu yang sentiasa mempertahan dan bertunjangkan kebenaran. Beliau berkata, sokongan segenap lapisan rakyat itu turut terbukti apabila kaum Cina dan India telah secara sukarela menubuhkan kelab penyokong Pas. Mungkin Nik Aziz juga perlu menilai prestasi semasa Pas sekarang semenjak berjaya menubuhkan kerajaan bonek di beberapa buah negeri terutamanya di Selangor dan Perak.

Bukan sahaja rakyat yang sudah mula bosan dengan Pas yang dianggap sebagai kuda tunggangan dan juga sebagai Pak turut tetapi Pas kini dikatakan telah berubah dan memakai baju PKR. Perjuangan Pas dahulu dan Pas yang ada sekarang sudah mula dirasakan sebagai sebuah parti yang hanya memperjuangkan kuasa dan bukan lagi memperjuangan agama. Pas mahu menjadi parti berbilang kaum dengan tertubuhnya kelab penyokong Pas yang dibuka kepada ahli dari berbagai kaum.

Pas juga dikatakan banyak menyokong prinsip dan poerjuangan DAP yang banyak tersasar dari perjuangan Pas yang sebenar. Pas kini banyak menjadi Pak turut sahaja kepada dua parti yang lebih besar dalam Pakatan Rakyat DAP dan juga PKR dan bersubahat dengan Anwar Ibrahim. Sebenarnya keyakinan Nik Aziz ini hanyalah untuk menyenangkan hati penyokong Pas kerana menyadari bahawa sukar untuk Pas menawan kembali Kuala Terengganu terutama sekali rakyat dan pengundi di Terengganu sudah jeran dengan cara pemerentahan Pas setelah diberikan peluang memerentah untuk satu penggal yang lalu. Mereka tidak mungkin akan menerima Pas kembali.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: