Persengketaan Jalil – Arif Shah selesai…


Setiausaha Umno Pulau Pinang, Datuk Azhar Ibrahim berkata, persengketaan antara dua pemimpin kanan Permatang Pauh – Datuk Abdul Jalil Abdul Majid dan Datuk Arif Shah Omar Shah – telah selesai.

Menurutnya, beliau telahpun menemui kedua-duanya untuk mendapat penjelasan mengenai punca berlakunya pertelingkahan antara mereka.

azhar ibrahim azahar ibrahimAzhar telah menemui Abdul Jalil yang juga ketua Umno bahagian tersebut, kelmarin manakala pertemuannya dengan Arif Shah pula berlangsung semalam.

Azhar berkata, beliau telah mendapat persetujuan dari kedua-duanya untuk menyelesaikan pertelingkahan antara mereka.

“Masalah berlaku kerana ada salah faham antara Datuk Abdul Jalil dengan Datuk Arif Shah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Jaya.

“Seorang ketua bahagian dan seorang lagi Adun, tetapi masing-masing nak langgar sempadan,” kata Azhar ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.
.
arif shah omar shah “Tetapi Arif Shah telah berjanji tidak akan tinggalkan Umno. Dia juga berjanji akan buat kerja untuk parti dan masyarakat serta berjanji tidak akan lompat parti,” katanya.

Azhar yang juga Adun Penaga dalam Parlimen Kepala Batas berkata, pertemuan empat mata itu berlangsung selama kira-kira 45 minit.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan punca persengketaan antara Arif Shah dengan Abdul Jalil.

Baru-baru ini akhbar melaporkan bahawa Arif Shah kecewa Abdul Jalil dan Umno bahagian itu yang didakwanya seolah-olah mahu menamatkan kerjaya politiknya dalam Umno.

Arif shah yang mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh Ogos lalu, dilaporkan berkata beliau dipelawa menyertai PKR selepas mendakwa diketepikan oleh Abdul Jalil.

Arif Shah juga kalah kepada Abdul Jalil dalam pemilihan jawatan ketua Umno bahagian Permatang Pauh, November lalu.

abdul jalil abdul majidManakala Abdul Jalil pula dilapor menafikan dakwaan Arif Shah bahawa beliau diketepikan oleh ketua bahagian tersebut.

Malam tadi, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata Arif Shah tidak berhasrat keluar dari Umno untuk menyertai parti lain.

Bercakap dalam sidang akhbar selepas mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno malam tadi, Abdullah berkata perkara itu dinyatakan oleh Arif Shah kepadanya dalam pertemuan mereka kelmarin.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: