Kit Siang jangan cabar Melayu dan kurang ajar


Sebaik sahaja beliau menyebut, itu bermaksud ketuanan Melayu ‘ada tuan, ada hamba’, Kit Siang cuba menguriskan perasaan orang melayu dan cuba main isu perkauman sehingga berani menghina bangsa Melayu kerana tahu ada bangsa Melayu yang berdiri dibelakangnya walaupun beliau menghina bangsa Melayu.

Kit Siang tahu sebahagian orang Melayu Islam berdiri menyokong beliau menghina Melayu. Kit Siang ada parti yang terdiri dari Orang Melayu, Kit Siang juga ada parti yang terdiri dari orang yang mengaku Islam dan Melayu di belakang beliau termasuk ulama. Kit Siang keras kepala sekarang kerana ada orang Melayu yang kemaruk kuasa dan terpaksa tunduk dengan bangsa asing dan terpaksa membiarkan bangsa asing menghina bangsa sendiri kerana mahu kuasa. Menang sorak kampung tergadai, itulah ungkapan yang paling baik yang boleh kita lebelkan kepada orang-orang Melayu yang sama-sama berpelukan dengan Kit Siang.

Haji Hadi Awang, Nik Aziz juga jadi bisu, orang Pas semua jadi bisu dan biarkan UMNO yang uruskan pertelingkahan mempertahankan martabat bangsa Melayu ini. Anwar Ibrahim mengapikan lagi agar Kit Siang lebih berani. Mengenai kedaulatan bangsa dan agama, biar UMNO yang lawan.

Bangunlah orang Melayu PAS dan Keadilan, dimana maruah kamu sebagai Melayu. Ketepikan soal kuasa , ketepikan soal politik. Bangun dan tentang pengkhianat bangsa. Apakah kerana mahu kuasa kamu mesti membiarkan bangsa mu di hina. Ulangi sekali lagi kata-kata Kit Siang, Melayu ada Tuan ada hamba ……….

Apakah pemimpin PAS dan pemimpin Keadilan bukan bangsa Melayu, atau mereka mahu memanggil diri mereka sebagai Malaysian Malaysia, sudah tidak ada bangsa lagi. Kalaulah datuk nenek kita masih ada, tentu mereka akan merasa tercabar dengan apa yang sedang berlaku. Ini negara kita Malaysia yang pada satu ketika dahulu dikenali sebagai tanah melayu, bukan tanah Cina atau tanah India. Cina ada tanah mereka di negeri China, India ada tanah mereka di India. Kita terima mereka dengan hati yang terbuka. Tetapi hari ini mereka menghina dan mencabar kita. Ini bukan menghasut orang Melayu tetapi ini mempertahankan hak orang Melayu, maruah bangsa kita, maruah tanah air kita.

Ini sahaja negara yang kita ada, jika negara ini tergadai kepada orang lain, apa lagi yang tinggal kepada anak dan cucu kita. Apa lagi warisan dan pusaka yang tinggal kepada kita lagi. Apa beza lagi serban bangsa Karpal Singh (sebab Karpal tak pakai serban ) dengan bezanya serban Hadi dan Nik Aziz.

Kit Siang kini tanpa segan dan silu mahupun berselindung mencabar dan menghina bangsa kita. Jika melayu ada Tuan dan Hamba sebenarnya kami lah Tuan dan mereka lah hamba, mereka datang ke sini dahulu sebagai hamba. Kuli di lombong bijih, kuli di ladang getah kita. Kini mereka mahu kuasa setelah kita berkongsi kuasa dengan mereka. Kini mereka mahu menghina kita setelah melihat ramai melayu yang kini menjadi bacul dan pengecut. Melayu yang mahu hak dan keistimewaan Melayu dihakis. Melayu yang kononnya mahu keistimewaan dibagi sama rata dengan bangsa lain. Apa bezanya lagi serban Hj Hadi dan Nik Aziz  dengan serban bangsa Karpal Singh, kedua-duanya adalah hanya untuk menutup kepala sahaja.

Kalau dulu bezanya adalah kerana mereka mahu memperjuangkan agama, kini mereka sama sahaja mahu memperjuangkan kuasa. Kalau dahulu Karpal perjuangankan ladang babi dan bezanya dengan Hadi dan Aziz mereka menentang, sekarang Nik Aziz dan Hadi juga perjuangkan ladang babi. Jadi tidak lagi ada beza serban mereka itu. Jika dahulu Hj Hadi pernah berkata. “Kami rela kalah kerana melaksanakan Islam, kita rela ditolak rakyat kerana melaksanakan suruhan Allah, apalah ertinya sebuah pemerintahan tanpa mendapat redha Allah“. Tapi hari ini Hadi tidak lagi memperdulikan keredhaan Allah SWT untuk memerentah.

Bangkitlah Melayu, bangkitlah bangsa ku……………….

oleh: Halim Deraman Kota Bahru

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: