Harga minyak turun – Tiada ucapan ‘Terima Kasih’ mahu komen dari pembangkang


Tiada pula ucapan Terima Kasih atau menunjukkan rasa gembira apabila kerajaan telah berkali-kali menurunkan harga minyak. Malahan ada pula yang memberikan alasan bahawa kerajaan turunkan minyak kerana desakan dari pembangkang. “Jika tidak ada pembangkang” kata mereka dengan bangganya tidak mungkin kerajaan akan turunkan harga minyak.

Mereka lupa kerajaan sebenarnya tidak tunduk kepada desakan pembangkang. Walaupun ada pembangkang, kerajaan tetap naikan harga minyak sekiranya perlu menaikan harga minyak. Kerajaan perlu melihat keperluan menaikkan harga minyak dan menurunkan apabila wajar diturunkan. Kerajaan tidak pernah terdesak dengan desakan pembangkang untuk turunkan harga minyak.

Harga minyak petrol dan diesel masing-masing turun 10 sen seliter berkuatkuasa mulai tengah malam ini. Berikutan itu, harga petrol RON97 dikurangkan dari RM2.00 seliter kepada RM1.90 seliter dan harga petrol RON92 pula dikurangkan dari RM1.90 seliter kepada RM1.80 seliter. Manakala diesel dikurangkan daripada RM1.90 seliter kepada RM1.80 seliter. Penurunan harga minyak bagi kali keenam ini diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini.

Hari ini adalah kali keenam kerajaan menurunkan harga minyak, rakyat tidak perlu memilih kerajaan baru untuk menurunkan harga minyak. Anwar Ibrahim mungkin punya idea baru untuk memutar belitkan isu minyak ini bagi digunakan pada pilihanraya kecil Kuala Terengganu nanti. Mungkin Anwar akan berkata bahawa beliau boleh menurunkan harga minyak lebih rendah dari apa yang kerajaan turunkan sekarang atau boleh memberikan minyak percuma kepada rakyat. Kita langsung tidak mendengar komen-komen dari pemimpin pembangkang semenjak harga minyak diturunkan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: