Soi Lek dituntut minta maaf


Gabungan Graduan Melayu Muda (GGMM) hari ini menuntut Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Chua Soi Lek supaya memohon maaf kepada orang Melayu berhubung ucapannya yang menyentuh tentang ketuanan Melayu minggu lalu, yang didakwa berbaur hasutan.

Dalam ucapan penerimaan Anugerah Kancil di Petaling Jaya pada 27 November lalu, Dr Chua berkata, konsep perkongsian kuasa dalam Barisan Nasional (BN) mesti diubah dan slogan ‘Ketuanan Melayu’, hubungan Tuan dan Hamba, tidak boleh diterima lagi.

Dr Chua dilaporkan berkata: “Kita menerima kepimpinan Melayu, tetapi bukan Ketuanan Melayu.”

ggmm malay youth memo to chua soi lek mca hq 011208 khairul azamTeks ucapannya itu dimuatkan dalam laman blog milik Dr Chua.

Peguam Mohd Khairul Azam Abdul Aziz (foto) yang mewakili GGMM telah menyerahkan notis tuntutan guaman kepada Dr Chua di ibupejabat MCA petang tadi.

Beliau datang bersama enam wakil GMM. Turut kelihatan enam anggota polis berada di situ.

Dalam notis tersebut, GMM mendakwa kenyataan Dr Chua itu berbaur hasutan untuk membenci orang Melayu.

Notis tersebut diterima oleh wakil Dr Chua yang juga setiausaha kepada ketua pentadbir ibupejabat MCA, Yap Chin Chin.

Dalam notis tersebut, GGMM menuntut Dr Chua memohon maaf melalui laman blognya dalam tempoh 24 jam dari tarikh penerimaan notis tersebut petang ini.

Bagaimanapun, kata GGMM dalam notis tersebut, draf permohonan maaf itu hendaklah diluluskan terlebih dahulu oleh pihaknya sebelum disiarkan.

ggmm malay youth memo to chua soi lek mca hq 011208 groupGMM juga menuntut bayaran ganti rugi sebanyak RM2 juta yang akan didermakan sepenuhnya kepada agensi amanah untuk bangsa Melayu/Islam.

Menurutnya, Dr Chua mengabaikan notis tuntutan tersebut, GGMM akan memfailkan saman terhadap timbalan presiden MCA itu di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

GGMM juga, tambah notis tersebut, akan memohon perintah mahkamah bagi menghalang Dr Chua daripada terus menghina orang Melayu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: