Ketuanan Melayu: Pemimpin UMNO ‘pulang paku buah keras’ pada MCA, Gerakan…


Jika sebelum ini isu ketuanan Melayu bebas diperkatakan sesetengah pihak termasuk komponen dalam Barisan Nasional (BN) tanpa mengambilkira perasaan orang Melayu yang terhiris, tetapi pada Isnin, seorang pemimpin UMNO pulang paku buah keras kepada pihak terbabit.Malah Ahli Parlimen Seri Gading, Datuk Mohamad Aziz turut bertanyakan kepada pihak berkenaan termasuk MCA dan Gerakan, apakah dosa orang Melayu hingga mereka mempertikai perkara itu sesuka hati kebelakangan ini

“Saya melihat hari ini pemimpin MCA mempertikai ketuanan Melayu. Kenapa?…Apa dosa orang Melayu.yang hendak dipertikaikan hal ini. Ketuanan Melayu bukan bermakna bangsa lain menjadi hamba. Malah ketuanan Melayu hanya menjadi simbul dalam sejarah negara ini dan tidak menghina bangsa-bangsa lain,” katanya.

Katanya, MCA yang kalah teruk dalam pilihan raya Mac lalu tidak boleh menyalahkan UMNO kerana walaupun UMNO jadi tunggak pada Barisan Nasional, MCA dapat jawatan empat menteri dan timbalan.

“Apakah orang Melayu bersifat ketuanan dengan tidak mengenepikan orang Cina atau India yang dilantik senator dan diberikan jawatan menteri atau timbalan?,” tegasnya ketika membahaskan peruntukan peringkat jawatankuasa Kementerian Kebudayaan dan Kesenian di Parlimen Isnin malam.

Katanya, orang Melayu tidak pun rasa menghina bangsa lain malah memberi banyak kekayaan kepada orang Cina tetapi ada kaum lain bersikap biadap kepada bangsa Melayu.

Mohamad beranggapan pemimpin MCA dan Gerakan cuba mengubah peta politik negara ini dengan mengungkit-ungkit soal perkauman dan perkara itu tidak sepatutnya dibiarkan.

“Datuk Ahmad Ismail (Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera, Pulau Pinang) buat sedikit ucapan yang menyinggung, UMNO pecat. Tetapi MCA dan Gerakan tak berani memecat kepimpinannya yang sentuh ketuanan Melayu…kalau orang UMNO silap sikit, mulalah orang Cina, MCA melatah suruh ambil tindakan,”.

“Kita haraplah kepimpinan Barisan Nasional dan UMNO ampunkan dia (Ahmad). Kalau inilah sikap komponen kita yang tidak menunjukkan rasa kesihan dalam perpaduan kaum negara kita, kenapa kita nak susahkan orang UMNO,” tegasnya.

Beliau turut mencadangkan Parti Progesif Rakyat (PPP) disingkirkan daripada BN kerana dianggap tidak sedar diri dengan mengugut keluar daripada BN jika kerajaan tidak memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Katanya, adalah tidak wajar jika pemimpin yang ingin popular untuk kaum mereka sanggup menghiris hati dan perasaan orang Melayu.

“Memang nampak UMNO ni lemah dan orang nak buli tetapi UMNO tak permah sabotaj MCA bertanding di kawasan ramai pengundi Melayu dan sokong MCA atas dasar perpaduan,” katanya.

Beliau berharap permainan-permainan bahaya ini mesti dihentikan dengan segera.

Menurutnya, walaupun UMNO nampak lemah tetapi dalam parlimen Melayu bukan dalam UMNO sahaja tetapi ada Melayu dalam PAS.

“Jangan lupa, UMNO dan PAS boleh bergabung atas nama Melayu atau agama. UMNO dan PAS ibarat carik-carik bulu ayam. Air di cincang tak akan putus, tetapi bukan ini hendak kita mainkan…tetapi dalam politik tiada mustahil. Jadi jangan cuba main api perkauman,” katanya.

Mohamad turut mencadangkan rumah terbuka hari perayaan peringkat nasional yang membabitkan perbelanjaan berjuta ringgit dihapuskan jika tidak dapat capai matlamat dan tujuan ke arah perpaduan kaum.

Ketika beliau membahaskan usul itu kira-kira 15 minit, tiada sesiapapun sama ada penyokong kerajaan mahupun pembangkang bangun mencelah.

Dan setelah selesai dan keluar Dewan, beliau duduk di ruang rehat ahli parlimen sambil mengesat peluh walaupun dalam ruang parlimen cukup dingin ketika persidangan berlangsung.

Katanya beliau merasa puas dapat meluahkan rasa isi hatinya mengenai hal berkenaan dalam dewan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: