Muhyiddin bercerita mengenai politik wang melalui pengalaman ?


Idea baru calon Timbalan Presiden UMNO, Tan Seri Muhyiddin Yassin bagi mengelakkan politik wang, adalah dengan membenarkan pemilihan pemimpin parti itu dibuka kepada kira-kira 100,000 pemimpin cawangan yang menghadiri persidangan bahagian masing-masing dan bukannya terhad kepada 2,500 perwakilan pada perhimpunan agung parti itu. Apa yang dicadangkan oleh Tan Seri Muhyiddin ini adalah bagi mengelakkan politik wang.

Persoalannya apakah dengan 100,000 pemimpin cawangan yang telah bermesyuarat dahulu bagi memilih calon bahagian dan calon bahagian mewakili cawangan bagi memilih calon kepimpinan tertinggi tidak relevan dan bukankah ianya kembali keasas. Jika cadangan Muhyiddin ini diguna pakai, tidaklah perlu diadakan pemilihan diperingkat bahagian dan tidaklah perlu diadakan bahagian UMNO lagi kerana segalanya kita akan terus merujuk ke cawangan kembali.

Pesanan sebenar dari idea yang tidak dapat kita kupas isi sebenar ini adalah pesanan Muhyiddin yang mahu menyatakan bahawa beliau tidak main politik wang sama seperti apa yang mahu disampaikan oleh Tun Mahathir bahawa Mukhriz tidak main politik wang. Ramai yang berpendapat bahawa politik wang boleh dielakkan sekiranya perwakilan sendiri yang mahu melakukannya. Buat sahaja laporan dengan bukti kepada lembaga disiplin UMNO.

Kaedah yang diguna oleh UMNO semenjak ianya ditubuhkan dahulu adalah kaedah yang masih relevan dan ianya telah diguna pakai semenjak UMNO ditubuhkan dan tidak mungkin hanya kerana mahu mengelakkan politik wang yang menular lebih dari 22 tahun itu maka kaedah ini digubah hanya dengan menukarkan proses pemilihan. Membenarkan lebih 100,000 ahli peringkat cawangan telahpun di laksanakan dalam proses pemilihan cawangan dahulu dan menghasilkan kepimpinan bahagian. Dari kepimpinan bahagian ianya menghasilkan pula calon-calon peringkat pusat.

Tan Seri Muhyiddin juga menyarankan agar sistem kuota dihapuskan. Sistem itu memerlukan melobi dan secara langsung menyumbang kepada politik wang,” katanya. Tanpa sistem kuota juga akan terjadi usaha melobi dan ianya akan meluaskan penyumbangan kepada politik wang kerana lagi banyak yang terlibat maka lagi besarlah jumlah wang yang perlu dikeluarkan, Tan Seri Muhyiddin seolah-olah tahu dan mengakui sistem kuota ini memerlukan banyak wang kerana beliau mungkin bercakap melalui pengalaman beliua yang telah melepasi sistem kuota ini. Tentu sekali Tan Seri Muhyiddin tahu berapakah jumlah wang yang perlu bagi melobi ketika melalui proses pencalonan menggunakan kuota ini.

Mengulas kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bahawa daripada
lebih 1,000 aduan mengenai politik wang di dalam parti, 75 peratus adalah dakwaan palsu, beliau berkata, perkara itu perlu dijelaskan oleh Lembaga Disiplin UMNO.”Saya tidak tahu mengenai perkara itu tetapi ia terpulang kepada lembaga untuk memutuskan. Mereka perlu menyiasat dan kemudian membuat keputusan, ” katanya.

Nota : Bahasa yang digunakan oleh Tan Seri Muhyiddin Yassin bunyi macam sama apa yang di suarakan oleh Tun Mahahthir.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: