MCA – bila masanya ada ketuanan Melayu?


ImageCHUA Soi Lek berkata – tolak ketuanan Melayu. Namun MCA dan kaum Cina lain lupa mengertikan apakah maksud ketuanan dan sama ada ketuanan itu ada adalah realiti dan hakikat yang ada pada Melayu. Menolak ketuanan Melayu – menolak ekuiti 30% pegangan ekuiti dan mahukan meritokrasi serta bermacam-macam-macam lagi yang di tuntut adalah amat ketara. Kenapa tidak dinilai erti ketuanan dan hakikat siapa yang memegang ketuanan di negara kita ini.

Kalau dikatakan bahawa apa yang ada hari ini adalah ketuanan Cina, bagaimana? Kalau kita katakan bahawa monopoli pegangan ekonomi adalah oleh kaum Cina dan pegangan ekonomi hari ini merujuk kepada siapa yang memegang ketuanan – adakah ini bukan satu kebenaran.

Melayu sudah berdepan dengan desakan untuk menghapuskan hak keistimewaan orang Melayu terlampau lama. Hak ini benar di peruntukkan dalam perlembagaan tetapi hakikat hari ini perlembagaan tidak boleh diharap secara menyeluruh untuk melindungi hak keistimewaan orang Melayu.

Kita tidak boleh berpaling pada perlembagaan sahaja – kita harus sedar apa yang ada di sebalik perlembagaan. Hakikat – di sebalik tirai merujuk yang kepada bahawa ketuanan Melayu bukan satu realiti. Realitinya adalah ketuanan Cina. Ini adalah hakikat dan hakikat ini pernah di suarakan oleh Dato Onn sendiri dahulu mengenai syarat memegang ketuanan. Dato Onn sedar ketuanan Melayu akan terhakis – sejak British dan sejak kebanjiran kaum lain.

Hakikatnya dominasi Cina sudah wujud lama dan hari ini MCA semakin ganas menyuarakan mengenai hak kononnya mahu mewakili perjuangan Cina.

Adakah mereka lupa bahawa tindakan mereka hanya menggangu-gugat kedudukan keharmonian yang ada. MCA patut bangkit mengatakan erti ketuanan itu dengan jelas. MCA sepatutnya faham bahawa hak keistimewaan Melayu semakin di serang oleh bangsa Cina sendiri. MCA gagal dalam menerangkan kepada orang Cina mengenai kenapa kita tidak seharusnya mempersoalkan hak keistimewaan orang Melayu.

Penerangan perlu jelas dan tegas. Masyarakat Cina dan kaum lain harus diberitahu mengenai kontrak sosial. Mereka harus sedar mengenai apa yang telah dikorbankan oleh orang Melayu dan hari ini kita menuntut kefahaman dan bukan bentuk-bentuk pengorbanan yang ada.

Parti lawan juga perlu sedar tindakan mereka yang semakin rakus mahu konon-kononnya mahu hak kesamarataan lantas secara relatif memperkecilkan hak orang Melayu. Alasan mereka adalah UMNO gagal dalam pelaksanaan. Kalau benar UMNO gagal kenapa perlu mereka mengambil alih dengan menggadai hak yang ada? Ini bukan persoalan siapa memerintah.

Kita tidak mahu parti pembangkang turut mempersendakan hak yang ada dengan alasan hak ini termaktub dalam perlembagaan. Kita perlu sedar bahawa ketinggalan Melayu berlaku oleh banyak faktor. Kita berdepan dengan kekukuhan ekonomi bangsa asing yang di pangku oleh penjajah sejak dahulu lagi. Kita perlu memberitahu mereka – ketuanan bukan pada Melayu tetapi mungkin kepada Cina.

Kita sebenarnya bukan memperjuangkan hak baru – tetapi memperjuangkan kedudukan dan martabat orang Melayu dalam ekonomi yang hari ini menentukan ketuanan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: