Kuala Terengganu gelanggang macam-macam ada


Kuala Terengganu akan menjadi satu lagi gelanggang bagi menghangatkan politik tanah air apabila akan diadakan satu lagi pilihan raya kecil yang akan menyaksikan pertembungan antara Barisan Nasional (UMNO) dan juga sebuah parti dari Pakatan Rakyat (Pakatan yang belum berdaftar) yang akan diwakili oleh Pas. Kerusi ini telah dimenangi oleh Allahyarham Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail yang telah pulang ke rahmatullah pada sewaktu bermain badminton di Institut Aminuddin Baki Genting Highlands pada jam 6.30 petang Jumaat lalu.

Allahyarham Datuk Razali menang dua kali dikerusi parlimen itu setelah menewaskan Ahli jawatankuasa pusat PAS Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi pada pilihan raya umum 2004 dengan 1,933 undi. Allahyarham dapat 30,994 undi manakala Dr Syed Azman 29,061. Pada pilihan raya umum lalu dalam pertandingan tiga penjuru antara Timbalan Menteri Pelajaran itu dengan Naib Presiden PAS Mohamad Sabu dan Mak Chik Maimun Yusof yang bertanding atas tiket bebas Allahyarham menang dengan majoriti tipis 648. Datuk Razali dapat 32,582 undi, Mohamad Sabu 31,934 manakala Maimun 685.

Pas tidak mempunyai calon tetap bagi menentang BN ketika dua pilihan raya yang lalu dan kerusi ini adalah merupakan kerusi yang agak hangat apabila BN hanya menang tipis pada pilihan raya yang lalu dan bererti pertandingan ini adalah pertandingan digelanggang yang mana kedua-dua buah parti mempunyai kekuatan yang seimbang. Pastinya Terengganu akan diketuai oleh General Perang PAS, Datuk Hj Hadi Awang yang kebelakangan ini agak menyepi dan pilihan raya kali ini amat menarik kerana kita dapat menyaksikan bagaimana kumpulan Ardogan (Kumpulan Anwar Ibrahim didalam Pas) akan menghadapi Kumpulan Hj Hadi yang anti kumpulan Ardogan ini.

Kuala Terengganu juga akan menjadi gelanggang serampang dua mata kerana ketika ini jugalah UMNO akan menghampiri tarikh perhimpunan Agung dan pastinya kesemua mereka akan berkampung di Kuala Terengganu. Kuala Terengganu juga akan menyaksikan bagaimana Rafidah dan juga Shahrizat bersatu untuk mengendalikan jentera wanita bagi memastikan wanita BN akan bersatu untuk memastikan kemenangan BN. Kuala Terengganu juga akan mencuba MB baru mereka untuk memastikan bahawa pilihan raya pertama dibawah tangan beliau akan menghasilkan sesuatu yang membanggakan.

Mungkinkah Kuala Terengganu juga akan menyaksikan sekali lagi Mak Cik Maimun Yusuf bertanding dan apakah beliau akan dapat menambahkan jumlah undi yang pernah beliau menangi sebelum ini. Apakah kita akan sekali lagi dapat mendengar kenyataan akhbar yang akan di keluarkan oleh Mukhriz setelah selesai pilihan raya berkenaan seperti yang pernah beliau lakukan sebaik sahaja selesai pilihanraya di Permatang pauh dahulu dengan menyalahkan BN yang tewas di Permatang Pauh. Apakah sekali lagi kita akan dengar Mukhriz berkata, saya yakin menang setelah berkempen untuk diri sendiri dengan menemui perwakilan pemuda di Kuala Terengganu nanti.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: