Saya tetap bertanding, kata Kamilia


Exco Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim berkata beliau tidak akan berganjak daripada keputusannya untuk bertanding jawatan naib ketua pergerakan itu Mac depan.

kamilia ibrahimSelasa lalu, Kamilia mengumumkan akan tetap bertanding jawatan tersebut walaupun mesyuarat exco pergerakan itu sehari sebelumnya memutuskan peralihan kuasa dikekalkan pada Jun 2009.

Mesyuarat itu juga memutuskan tiada pertandingan bagi jawatan ketua yang disandang oleh Tan Sri Rafidah Aziz dan bagi jawatan naib yang disandang oleh Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Kamilia dilaporkan berkata akan tetap bertanding kerana beliau tidak mengiktirafkan pelan peralihan kuasa antara Rafidah dan Shahrizat.

Kamilia juga tidak menghadiri mesyuarat exco tersebut Isnin lalu, dan Shahrizat berkata beliau dan Rafidah akan mengadakan perbincangan dengan Kamilia berhubung perkara itu.

Ketika dihubungi Malaysiakini petang ini, beliau yang juga ketua Wanita Umno Kuala Kangsar berkata, beliau tetap dengan pendiriannya.

Ditanya sama ada beliau telah dihubungi Rafidah untuk berbincang mengenai perkara itu, Kamilia berkata ketua Wanita Umno itu sedang berada di luar negara.

Mesyuarat exco

Selepas selesai mesyuarat bahagian minggu lalu, Kamilia mendapat 55 pecalonan dan layak bertanding jawatan naib ketua.

Penyandangnya, Shahrizat pula mendapat 114 pencalonan untuk jawatan naib dan 73 pencalonan untuk jawatan ketua pergerakan itu dan layak bertanding.

Sehari sebelum exco Wanita bermesyuarat Isnin lalu, Shahrizat telah mengeluarkan kenyataan meminta Rafidah supaya menimbang untuk mempercepatkan pelan peralihan kuasa kepada bulan Mac ketika pemilihan parti diadakan selaraskan dengan Umno induk Pemuda dan Puteri.

Bagaimanapun, Rafidah memberitahu sidang akhbar selepas mesyuarat tersebut, bahawa exco bersetuju untuk mengekalkan pelan peralihan kuasa tersebut pada Jun 2009.

Sehingga ini, empat negeri – Melaka, Terengganu, Negeri Sembilan dan Sabah – mendesak Rafidah supaya menyerahkan kuasa kepada Shahrizat pada bulan Mac depan.

Manakala lima negeri lagi – Perlis, Kedah, Selangor, Kelantan dan Johor – mahu pelan peralihan kuasa dikekalkan pada bulan Jun depan.

Sementara itu bekas Ketua Wanita Umno, Tan Sri Aishah Ghani memberitahu Malaysiakini bahawa terpulang kepada calon-calon yang layak bertanding jawatan tinggi pergerakan itu, untuk membuat keputusan sendiri sama ada mahu bertanding atau tidak dan menyerahkan kepada perwakilan membuat keputusan.

“Tepuk dada, tanya selera,” kata pemimpin Umno itu ketika diminta mengulas kekusutan berhubung isu pelalihan kuasa yang melanda Wanita Umno sekarang

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: