Pelan Peralihan Wanita tidak relevan dan ditolak


Ini bermakna, Shahrizat hanya akan hanya menjadi Pemangku Ketua Wanita sahaja selama beberapa tahun itu pun sekiranya beliau menang ketika merebut jawatan Naib Ketua Wanita kerana jawatan Naib akan dipertandingkan setelah Datuk Kamalia enggan menerima rundingan pelan peralihan berkenaan.

Pelan Peralihan di Tolak

Selepas lebih 24 jam Wanita Umno mengadakan mesyuarat Exco memutuskan untuk menerima pelan peralihan Jun 2009, dua pemimpin kanan pergerakan itu membayangkan petanda baru, yang jelas bahawa akan ada pertandingan bagi jawatan Ketua dan Naib Ketua Wanita.Mengambil kira kenyataan Naib
Ketua Wanita, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalin dan Exconya, Datuk Kamilia Ibrahim hari ini, pergerakan itu juga bakal menyaksikan pertandingan.

Shahrizat berkata, beliau masih berpegang dengan pendirian bahawa pelan peralihan jawatan Ketua Wanita Umno dan Naib Ketua Wanita Umno perlu diselaraskan dengan badan induk, Pemuda dan Putera sempena
Perhimpunan Agung Umno Mac depan.”Jika kita teruskan keputusan yang dibuat pada Ogos 2008, ini akan menyebabkan jawatan Ketua Wanita Umno hanya kekal bagi tempoh tiga bulan selepas pemilihan”Seterusnya
jawatan Ketua Wanita Umno hanya sekadar memangku bagi tempoh tiga tahun manakala jawatan Naib Ketua Wanita terpaksa dikosongkan.”Ini merugikan kepimpinan Wanita Umno dalam senario politik hari ini,” kata beliau.

KAMILIA IBRAHIM

Kamilia berkata, beliau bertegas untuk bertanding jawatan Naib Ketua Wanita Umno.”Saya tetap dengan pendirian saya untuk bertanding jawatan Naib Ketua. “Saya menawarkan diri untuk bertanding sebelum ini kerana Tan Sri (Rafidah) sendiri yang mengatakan beliau mahu berhenti daripada jawatan Presiden, maknanya beliau sendiri yang mewujudkan peluang itu.”Jadi saya nampak jawatan Naib Ketua itu kosong kerana (Datuk Seri) Shahrizat yang memegang jawatan itu pada masa ini akan pergi ke
jawatan nombor satu,” katanya.

Kamilia berkata, istilah ‘pemangku’ Ketua Wanita yang akan dipegang Shahrizat jika pelan peralihan berlaku pada Jun tahun depan tidak boleh dibuat sesuka hati kerana ia salah dari segi perlembagaan parti.”Jawatan pemangku hanya boleh wujud jika berlaku perkara yang tidak dapat dielakkan seperti Ketua meninggal dunia atau sakit.

“Tapi dalam hal ini, jawatan pemangku itu sengaja diwujudkan untuk tempoh tiga tahun hanya kerana keputusan exco mahukan Tan Sri (Rafidah) memegang jawatan Ketua selama tiga bulan. Di mana logiknya?” katanya.

TIDAK IKTIRAF

Ketika menyatakan pendiriannya itu kepada Bernama hari ini, Kamilia berkata, beliau menawarkan diri bagi jawatan itu kerana beliau tidak mengiktiraf pelan peralihan kuasa kepimpinan pergerakan itu pada Jun 2009. Katanya, pelan peralihan seumpama itu tidak terkandung dalam perlembangan Umno dan “bukan amalan Umno”.Kamilia, yang telah dua kali tidak menghadiri mesyuarat Exco pergerakan itu termasuk semalam,berkata tindakannya itu adalah satu isyarat bahawa beliau tidak menyetujui pelan peralihan itu.

“Saya telah bagi mesej yang jelas, bila saya tidak datang bermakna saya tidak dapat menerima pelan peralihan kuasa itu,” katanya.Kamilia yang merupakan Ketua Wanita Umno Bahagian Kuala Kangsar berkata, bukanlah hak Exco Wanita untuk menentukan siapa pemimpin pergerakan itu.Exco Pergerakan Wanita Umno semalam memutuskan pelan peralihan kuasa antara Rafidah dan Shahrizat dikekalkan pada Jun 2009.

Mesyuarat itu juga membuat ketetapan jawatan Ketua dan Naib Ketua tidak akan dipertandingkan pada pemilihan Umno Mac depan demi perpaduan dan pengukuhan sayap Umno itu.Mesyuarat itu menolak cadangan Shahrizat supaya pelan peralihan pergerakan itu diselaraskan dengan Umno induk, Pemuda dan Puteri sempena perhimpunan agung Umno.Kamilia, yang layak bertanding bagi jawatan itu setelah memperoleh 55 pencalonan, berkata pemimpin pergerakan itu haruslah dipilih oleh anggota dan akar umbi.

Ditanya sama ada Rafidah dan Shahrizat mengetahui pendiriannya yangn tidak menyetujui pelan peralihan itu, Kamilia berkata: “Saya rasa mereka berdua tahu”. Katanya, beliau melihat terdapat kekosongan pada jawatan nombor dua dalam pergerakan itu selepas Rafidah memaklumkan hasrat untuk “berhenti” memimpin pergerakan itu pada Ogos lepas.”Saya tetap tawarkan diri kerana Rafidah kata hendak berhenti. Dan saya tawarkan diri kerana telah dapat cukup pencalonan,” katanya.

Ditanya sama ada beliau “kisah” untuk bertanding dengan Shahrizat bagi jawatan itu, Kamilia berkata beliau tidak akan menarik diri walaupun berhadapan dengan sesiapa jua.Ditanya sama ada Rafidah dan Shahrizat
telah menghubungi beliau untuk berunding seperti yang dilaporkan, Kamilia berkata, beliau belum dihubungi oleh kedua-dua pemimpin itu.Kamilia bagaimanapun berkata, beliau tidak melihat keperluan untuk bertemu kedua-dua pemimpin itu untuk berunding.

“Saya tak nak jumpa kerana pendirian (saya) sudah ada,” katanya.Kata Kamilia, beliau menawarkan diri bagi jawatan itu adalah untuk membolehkan beliau memperjuangkan isu Islam dengan lebih berkesanmemandangkan isu agama itu kini kerap dipersoalkan.”Sebagai seorang peguam dan ahli politik yang telah lama berkecimpung dalam Umno, saya terpanggil untuk melaksanakan tanggungjawab ini.”Saya perlu tempat lebih tinggi kerana saya nampak ada kekosongan,” katanya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: