Nak Tanya Tun Mukhriz tuh, main wang tak ?


Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan ahli-ahli Umno bahawa perbuatan calon-calon menggunakan wang untuk membeli undi dalam pemilihan parti itu akan menjejaskan peluang Umno dalam pilihan raya umum akan datang. Katanya, semua orang tahu yang pemimpin Umno menggunakan wang untuk terpilih memegang jawatan parti.

Bagaimanapun katanya, bukan kesemua pemimpin Umno itu menggunakan wang untuk menang dalam pemilihan parti. Namun, tambah Dr Mahathir, majoriti daripada mereka berbuat demikian. Katanya, mereka boleh menjadi pemimpin dalam Umno tetapi rakyat tidak akan memilih orang yang rasuah dalam pilihanraya umum nanti.

Apa yang sebenarnya mahu disampaikan oleh Tun Mahathir, apakah beliau mahu menyatakan bahawa antara yang main duit adalah Khairy Jamaluddin dan Khir Toyo dan yang bersih tidak main duit adalah anak beliau Mukhriz. Tak perlulah Tun berhipokrasi. Tanya Mukhriz sama ada dia main duit atau tidak, banyak bukti terkumpul mengatakan bahawa beliaulah yang paling besar main duit, masakan Anaz orang kuat Tun kini telah mendapat gelaran baru , Anaz ATM.

Inilah cara Tun berkempen untuk anak nya, walaupun tidak jelas tetapi akan ada sususlan yang akan membersihkan nama Mukhriz. Siapalah Mukhriz dalam arena politik, seorang ahli perniagaan yang bagaikan payung terjun menyertai politik. Masih ingat dalam satu wawancara politik, apabila ditanya apakah pencapaian terbaik beliau, dengan selamba dan bodoh beliau menjawab, semua produk Fiber Optik di Malaysia adalah dari kilang beliau. Lain orang tanya lain dia jawab.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: