RTM tidak sekat wakil pembangkang


Menteri Penerangan berkata isu Radio Televisyen Malaysia (RTM) tidak menyiarkan pandangan atau kritikan anggota Parlimen pembangkang terhadap kerajaan sebenarnya tidak timbul langsung.

“Kementerian sentiasa cuba melihat perkara yang perlu disampaikan berdasarkan nilai berita sama ada ia wajar untuk disiarkan ataupun tidak,” kata Datuk Ahmad Shabery Cheek ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2009 bagi kementeriannya di Dewan Rakyat semalam.

tv2 talk show 030807 what say u3Menurut laporan Bernama hari ini, beliau berkata RTM menghentikan buat sementara waktu tiga program bual bicara iaitu What Say You, Bersemuka Dengan Media dan Bersama Ketua Setiausaha untuk mengkaji tahap kualiti dan kesannya terhadap penonton.

“Untuk program What Say You, saya dimaklumkan oleh pihak pentadbiran untuk menstrukturkan kembali program itu. Ada program yang ditangguh untuk dinilai, dikaji keberkesanan kualitinya,” beliau dipetik berkata.

Beliau berkata What Say You yang disiarkan sejam setiap Ahad pada 7 malam didapati mendapat rating rendah walaupun ia keudara di waktu perdana.

“Kalau dilihat dari segi rating untuk program free-to-air dalam negara, ia sangat rendah sekali. Penonton pula sekitar 180,000 ke 190,000.

“Untuk siaran prime time ia rating yang sangat rendah sekali dan kami rasa ia mensia-siakan wang rakyat dengan menyiarkannya pada waktu perdana,” katanya.

Menjawab persoalan Loke Siew Fook (DAP-Rasah) mengenai program Debat Perdana yang turut menjemput parti pembangkang sebagai ahli panel yang dihentikan selepas PilihanRaya Umum Mac lepas, Ahmad Shabery berkata kementerian tiada halangan untuk menghidupkan kembali program itu.

“Itu satu cadangan, dan tiada halangan untuk dihidupkan kembali Debat Perdana, ia satu program yang boleh dihidupkan kembali tiada masalah untuk saya,” katanya.

Ahmad Shabery berkata kementerian juga merancang untuk menjadikan Malaysia sebagai hub bidang penyiaran antarabangsa dan sedang merancakkan kerjasama dengan Singapura, China dan Thailand dari pertukaran maklumat, dan eliau memberi contoh rancangan Warta Serumpun yang disiarkan dengan kerjasama Indonesia.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: