‘Pemimpin Muda’ harus diberikan peluang untuk mengisi kepimpinan parti


Ramai pemimpin UMNO yang menawarkan diri bagi merebut jawatan dalam kepimpinan UMNO. MT dan juga jawatan Naib Presiden adalah merupakan jawatan yang hangat menjadi rebutan. Ini adalah kerana mereka merasakan bahawa mereka layak untuk menjawat jawatan yang kosong ini. Hari ini pemimpin UMNO telah lupa dengan keputusan pilihanraya 12 yang lalu. Mereka semua tidak lagi merajuk mahupun merasa kecewa dengan UMNO lagi. Bagi mereka, mereka adalah pemimpin yang layak untuk menjawat jawatan ini kerana jasa mereka pada PRU12 dahulu amat besar bagi memastikan UMNO masih berkuasa.

Sebagai pemerhati politik, saya merasa hairan, apakah mereka ini tidak lagi punyai perasaan malu atau segan mahupun rasa bersalah apabila keputusan pilihanraya yang amat buruk pernah diterjemahkan
oleh rakyat kepada BN. Hari ini semua bangun tanpa segan, mahu menjawat jawatan yang tinggi dalam UMNO tanpa merasakan sedikit pun keinsafan. Pernahkah mereka bertanya, di manakah mereka apabila UMNO mengalami kemelut parti apabila BN menerima musibah selepas pilihanraya 12 yang lalu. Apakah mereka tidak pernah merasakan sebahagian dari musibah yang diterima oleh BN adalah kerana mereka juga.

Adalah satu kesilapan jika mereka menyalahkan orang lain dengan musibah yang telah menimpa UMNO. Kebanyakan mereka menikus, takut dan main selamat ketika UMNO dalam kemelut selepas pilhan raya. Hanya pemain-pemain muda sahaja yang berani mengambil risiko dan terpaksa berjudi dengan untung nasib kerjaya politik mereka. Sebenarnya UMNO perlu dipermudakan dengan pemimpin muda ini agar UMNO akan terus bersemangat dan sentiasa muda dalam menghadapi sebarang masalah.

Memang benar kita tidak boleh menolak pemimpin yang berwibawa yang penuh dengan pengalaman, tetapi tidak salah jika kita selitkan pemimpin muda juga yang bertanding dalam merebut kerusi MT dan juga Naib Presiden. Kahled Nordin harus diberikan perhatian dan perlu diberikan sokongan bagi memudakan UMNO kembali. Khaled Nordin adalah pemimpin muda yang harus kita berikan pencalonan dan sokongan yang
cukup untuk kerusi Naib Presiden.

Bagi kerusi MT, nama seperti Saberi Chik, Ismail Sabri dan Azalina Othman Said juga patut diberikan peluang untuk mengisi kekosongan kerana dengan adanya pemimpin muda ini, UMNO tidaklah hanya mendapat buah fikiran dari pemimpin veteran sahaja.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: