PM gembira Najib dapat sokongan



Abdullah beramah mesra dengan bekas Setiausaha Kementerian Luar Bangladesh, Muhammad Zahir dan Pengerusi IAIS, Mohammad Hashim Kamali (dua dari kanan) selepas merasmikan Forum Serantau Amerika Syarikat-Dunia Islam, di Kuala Lumpur, semalam.

Abdullah yakin pengganti boleh tadbir negara

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi gembira kerana Timbalannya, Datuk Seri Najib Razak setakat ini mendapat sokongan padu dalam pencalonan jawatan Presiden Umno selepas 28 bahagian mengadakan persidangan perwakilan masing-masing.

“Sudah tentu saya perlu gembira kerana mereka menyokong beliau. Itu adalah baik. Saya nak Datuk Seri Najib mengganti saya… saya nak ahli parti beri sokongan kepada beliau. Saya percaya beliau boleh jadi pemimpin yang baik,” katanya.

Perdana Menteri berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan ucap tama pada Forum Serantau Amerika Syarikat-Dunia Islam di sini, semalam.

 

Sehingga kelmarin, 28 bahagian Umno sudah mengadakan persidangan perwakilan dengan semuanya mencalonkan Najib untuk bertanding jawatan Presiden parti.

Mengenai laporan dalam portal berita mendakwa Najib menyalahguna kuasa dan campur tangan dalam siasatan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibu, Abdullah berkata:

“Saya percaya dengan beliau. Saya percaya beliau seorang yang baik dan akan menjadi Perdana Menteri yang baik dan mampu untuk memberikan kepemimpinan yang baik. Saya tidak percaya beliau terbabit dalam salah guna kuasa.

“Jika beliau seorang yang cenderung untuk menyalahguna kuasa dan jika beliau bercadang menyalah guna kuasa, bagaimana beliau akan menjadi pengganti saya.”

Laporan Malaysia Today mendakwa berlaku pertukaran mesej menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) antara Najib dan Datuk Muhammad Shafee Abdullah, peguam yang mewakili Abdul Razak Baginda sebelum didakwa bersubahat dengan dua pegawai polis dalam pembunuhan Altantuya.

Sementara itu, Abdullah menjelaskan beliau tidak pernah mencadangkan agar semua parti komponen Barisan Nasional (BN) dibubarkan untuk digantikan dengan satu parti pelbagai kaum.

Perdana Menteri berkata, beliau hanya mencadangkan supaya BN memberi respons kepada rakyat yang mahu menjadi sekutu atau menyumbang dan berinteraksi dengan gabungan itu tanpa menyertai parti komponen berasaskan perkauman.

Abdullah berkata, berlaku salah faham dan kesilapan laporan akhbar berhubung kenyataannya itu sehingga Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek, membuat anggapan sebarang cadangan untuk menjadikan BN satu parti pelbagai kaum ibarat seperti membubarkan Umno yang selama ini tunjang kekuatan kerajaan.

“Saya tak setuju (parti komponen dibubarkan), dia (Ahmad Shabery) juga tidak setuju. Tapi ada sebuah akhbar dalam laporannya menyatakan seolah-olah apa yang Ahmad Shabery cakap itu menentang apa yang saya cakap, sedangkan apa yang saya cakap itu sekadar memberi ruang kepada rakyat berbilang kaum sebagai kumpulan menjadi ahli BN. Dengan itu kita berpeluang berinteraksi, ini membawa kebaikan,” katanya.

Menjelaskan cadangannya itu, beliau berkata, ahli kumpulan berkenaan yang tidak terikat kepada parti berasaskan kaum akan memberi pandangan mengenai sesuatu isu sebagai rakyat Malaysia dan tidak berdasarkan kaum.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: