Najib – penglihatan baru


ImageKerancakan UMNO dalam menghadapi Perhimpunan Agung menunjukkan dengan jelas bahawa UMNO masih lagi di hati Melayu. Melayu nampak amat prihatin dalam memastikan UMNO di terajui oleh mereka yang mempunyai semangat juang yang cekal di samping mampu menerajui pergerakan itu berdepan dengan cabaran baru yang amat kompleks dan sofistikated.

Najib yang bakal menerajui kepimpinan UMNO dan seterusnya memimpin kerajaan mampu dan berwibawa untuk meneruskan legasi perjuangan UMNO. Apa pun ahli perlu memastikan gandingan mantap dipilih untuk memastikan pasukan baru ini dapat untuk melaksanakan perubahan dalam UMNO.

Najib khususnya perlu memastikan pasukan kepimpinan kerajaan mampu dan teruji untuk berdepan dengan serangan-serangan baru untuk menjajah minda orang Melayu dengan harapan Melayu sendiri bergolak dan berpecah-pecah. Melayu selepas ini harus memulakan inisiatif baru – mendesak kepada perpaduan – memastikan dasar-dasar kerajaan tersebar luas untuk diambil kesempatan agar Melayu itu bukan penonton kepada pembangunan negara.

Justeru itu pasukan pilihan Najib untuk mentadbir negara perlu sesuai dan perlu dielak dari melantik atas sebab yang tidak konsisten – kerana simpati dan kerana politik semata-mata. Kita perlu mengingatkan Najib penerimaan seseorang individu sebagai tokoh di terima dalam politik tidak semestinya mampu mentadbir negara. Kepimpinan perlu tegas dan tidak terpengaruh dengan suara-suara luar yang berkepentingan. Najib perlu bertindak seolah-olah hayat politik beliau akan padam pada keesokan hari.

Najib dalam menerajui UMNO perlu menjalankan reformasi khususnya dalam membersihkan budaya yang kita merebak dalam UMNO iaitu budaya politik wang. Perubahan UMNO perlu dibuat dengan mengambil langkah positif – membentuk pasukan baru yang berani dan berpengalaman dalam melaksanakan dasar-dasar penerangan untuk UMNO. Kita tidak mahu Najib meneruskan tradisi lama seperti mengambil Ketua Penerangan UMNO – atas dasar simpati dan memberi muka. Ketua Penerangan UMNO bukan jawatan simpati tetapi sebenarnya adalah jawatan penting dalam memastikan UMNO jelas di terangkan kepada rakyat.

Najib juga perlu menyuntik mereka yang bukan yang hebat berpolitik tetapi hebat mempunyai idealisme perjuangannya dalam memastikan UMNO relevan dan Melayu di pastikan maju dan teguh. Campuran ini mampu menjana kekuatan untuk UMNO. UMNO di bawah Najib seharusnya memastikan campuran injeksi pemuda yang bukan hadir untuk hanya mengaut kesempatan tetapi tahu dan sedar tanggungjawab yang perlu diambil. UMNO tidak akan menjadi relevan sekiranya ia hanya dipimpin kerana kepentingan politik dalam UMNO tetapi seharusnya memulakan langkah untuk memastikan kesinambungan hayat UMNO di mata rakyat. Perubahan kepimpinan sahaja tidak cukup untuk memastikan zaman kegemilangan UMNO wujud tetapi perubahan harus melibatkan tindakan dan pelan yang menuntut reformasi dalam UMNO.

Seperti biasa dikatakan bahawa “political will” Najib harus kukuh. Kepimpinan baru harus mempunyai jati diri untuk bergerak keluar dari budaya yang ada. Mereka harus sedar akan desakan rakyat – apa yang mahu di sajikan kepada golongan orang muda dan apa yang dimahukan oleh rakyat. Isu seperti perkauman harus diselesaikan segera. Ketetapan perlu dibuat agar semua sedar mengenai hak dan kedudukan serta sedar mengenai hak Melayu dan bumiputera. Kita perlu tegas dalam membicarakan isu ini di samping tidak membuat sebarang provokasi yang bermotifkan politik.

Apa pun kita perlu memastikan UMNO itu kukuh dan tidak terpinggir sebagai parti yang relevan untuk rakyat dan golongan muda yang semakin celik politik. Mungkin Najib perlu sedar dan perlu melakukan perubahan dan bukan sahaja menjadi penerus kepada budaya yang sedia ada.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: