Anwar: Zul Nordin tidak sertai Umno


Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak kemungkinan wakil rakyatnya, yang sedang menghadapi tindakan disiplin, akan meninggalkan parti itu untuk menyertai Umno.

bm version bandar kulim bharu kedah parliament seat results 180708Bercakap di sidang media di lobi Parlimen hari ini, ketua pembangkang berkata wakil Kulim Bandar-Baharu, Zulkifli Nordin, tidak akan berbuat demikian seperti  desas-desus.

Ura-ura tentang isu lompat parti itu semakin kencang semalam apabila calon BN Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir secara mengejut menarik balik petisyen pilihanraya kawasan itu walaupun keputusannya dijangka akan memihak kepadanya.

Zulkifli, yang hadir di Dewan Rakyat hari ini, turut menafikan akan meninggalkan PKR.

Bekas peguam kes Anwar sedekad lalu itu terlibat membantah penganjuran forum ‘Memeluk Islam’ anjuran Majlis Peguam awal Ogos lalu.

Penglibatannya itu menimbulkan pelbagai reaksi pro dan kontra sehingga dihadapkan ke jawatankuasa disiplin PKR pada 6 September.

Bagaimanapun, sebarang keputusan belum dibuat hingga kini.

Desas-desus itu menyebut beliau ingin menyertai Umno kerana tidak berpuas hati berhubung tindakan parti itu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: