Pemuda perlu menolak unsur peribadi demi maruah Pemuda UMNO


Pemilihan Ketua Pemuda UMNO perlu dinilaikan dengan pemikiran yang terbuka dan perlu dilihat akan kemampuan calon yang bertanding. Ketepikan semua unsur-unsur yang tidak menguntungkan pemuda. Jika  pemuda mahukan satu perubahan dan memantapkan lagi sayap pemuda UMNO. Jika memilih Mukhriz hanya kerana berlandaskan rasa segan kepada Tun dan memilih Mukhriz  kerana mahu menyebelahi kekalutan dan krisis antara kedua keluarga ini bererti kita mengadai dan menyambung kemelut pergeseran ini agar berterusan. Pemuda perlu melihat Khairy dan Mukhriz dari keberkesanan memimpin Pemuda UMNO dan bukan dari isu krisis kedua orang tua mereka.

Mukhriz yang berpayung dan bergantung kepada pengaruh ayahnya tidak mungkin dapat memimpin pemuda  secara  relevan kerana pengaruh Tun yang terlalu banyak mencampuri urusan kepimpinan UMNO tidak mungkin akan memberikan satu kepimpinan yang positif dan bebas kepada pemuda. Jelas  pencalonan yang di berikan kepada  Khairy membuktikan Khairy adalah pemimpin yang sebenarnya  tidak bergantung kepada  pengaruh bapa  mertuanya, apa yang diperolehi adalah hasil terjemahan pemuda UMNO yang telah menilai kebolehan beliau selaku naib ketua pemuda UMNO, Insyaalah Khairy akan melepasi kuota  pencalonan atas  terjemahan kekuatan beliau sendiri.

Khairy yang tidak lagi dibayangi dan dilindungi  payung  bapa mertuanya  kini bertanding secara “gentelman” dengan  menghidangkan daya  dan  kebolehan beliau memimpin pemuda UMNO melalui jawatan beliau sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Yang perlu dipilih sekarang adalah Ketua Pemuda UMNO dan bukan  anak atau menantu sesiapa. Pemuda perlu bijak untuk mengasingkan  dua keadaan yang berbeza ini dan pemuda perlu memikirkan kepimpinan  yang bagaimana  yang di perlukan bagi menjadi  pemuda  sebagai satu sayap yang agresif dan di segani oleh parti lawan.

Mengikut jejak kerja  yang telah dilaksanakan oleh kedua pemimpin ini, Khairy lebih komited dan Khairy lebih memberikan perhatian kepada parti dan Khairy sepatutnya  diberikan peluang untuk memimpin pemuda dan  menerukan  kesenibungan dan lakaran kepimpinan  pemuda UMNO. Pemuda perlu bersatu dan tidak lagi mampu untuk berpecah. Sesuai dengan “tag line”  beliau, setiakawan, kita  pasti akan dapat melihat kekukuhan setiakwan dibawah kepimpina Khairy Jamaluddin.

Dalam keyataan terbaru, beliau  berjanji akan menyatupadukan serta mengeratkan hubungan di antara semua sayap Pemuda dalam parti komponen Barisan Nasional (BN), jika beliau menang pada pemilihan Mac depan. Beliau yang juga Naib Ketua Pemuda Umno, berkata mereka yang memegang jawatan Ketua Pemuda Umno akan menjadi Ketua Pemuda BN dan perkara pertama yang perlu dilakukan pemimpin itu ialah untuk mencari jalan merapatkan semula barisan dalam BN menjadi satu parti yang sentiasa bergerak bersama.

“Kita perlu mengutamakan perpaduan dalam BN kerana selaku parti komponen, kestabilan parti amat penting untuk meyakinkan rakyat dan membuktikan BN serius dalam membela nasib rakyat,”.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: