SAH…PM tak pertahan jawatan Presiden UMNO


Jawapan kepada tandatanya mengenai pengumuman yang bakal dibuat oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi samaada nak pertahankan atau tidak jawatan Presiden UMNO sudah jelas tergambar semasa para wartawan melangkah masuk ke bilik mesyuarat di tingkat 39 PWTC pada jam 5.15 petang Selasa.

Para pemimpin parti komponen Barisan Nasional yang hadir kelihatan relaks selepas mesyuarat yang bermula pada jam 3.30 petang itu.Datuk Sri Najib Tun Razak pula tersenyum riang semasa berbual dengan mereka.

Perdana Menteri yang masuk semula ke bilik itu selepas keluar sebentar menceriakan lagi mood di situ dengan sikit aksi jenaka beliau sebelum memulakan sidang akhbar yang ditunggu-tunggu oleh semua orang.

Seperti yang dilaporkan oleh Agendadaily sebelum ini Abdullah mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatan Presiden UMNO pada pemilihan parti itu Mac depan.

Beliau membuat pengumuman itu menerusi satu kenyataan dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris yang dibacakan dalam sidang akhbar berkenaan.

Katanya beliau mengambil keputusan itu kerana mahu UMNO dan BN terus bersatu dan kukuh.

Menjawab soalan para wartawan Abdullah memberitahu beliau akan menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Najib sejurus beliau terpilih secara rasmi sebagai Presiden UMNO kelak.

“Saya harap Datuk Seri Najib… anda tahu mengapa saya kata ‘harap’? Sebab beliau perlu bertanding dalam pemilihan dahulu.

“Beliau perlu tanding dalam pemilihan sebagai Presiden UMNO dahulu, tapi saya percaya beliau boleh lakukannya…saya harap beliau jadi Presiden,” katanya.

Perdana Menteri menegaskan keputusannya tak mempertahankan jawatan itu adalah muktamad.

Beliau juga menolak anggapan didesak untuk mengambil keputusan berkenaan.

Kepada soalan lain Abdullah berkata kesemua para pemimpin BN menerima baik Najib sebagai pengganti beliau.

“Saya tahu saya tak buat yang terbaik semasa pilihan raya.“Saya rasa sekarang masa generasi baru untuk ambil alih,” katanya.

Ditanya bagaimana jika ada juga UMNO Bahagian yang tetap mencalonkan beliau dalam mesyuarat mereka nanti,Abdullah berkata: “Apa boleh buat… orang dah calon kita, macam mana kita nak buat, kita dah bagi tahu awal-awal lagi dah.”

Apapun Perdana Menteri berkata beliau yakin BN akan tetap menang dalam pilihanraya umum akan datang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: