Mampu kukuhkan UMNO – Mahathir



PUTRAJAYA 8 Okt. – Tun Dr. Mahathir Mohamad (gambar) menyifatkan keputusan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden UMNO pada pemilihan parti Mac tahun depan mampu mengukuhkan kembali kekuatan UMNO.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, langkah Abdullah itu juga akan memberi kebaikan dan memulihkan semula keyakinan rakyat setelah UMNO dan Barisan Nasional (BN) terjejas teruk pada pilihan raya umum ke-12 Mac lalu.

”Nasib baik pandangan saya sebelum ini tersasar kerana dalam blog, saya tulis beliau tidak akan letak jawatan.

”Sebaliknya beliau telah membuat pengumuman itu, sudah tentu ia amat menggembirakan bagi UMNO, bukan untuk diri saya tapi untuk UMNO bagi membolehkan parti itu diperkukuhkan semula,” katanya kepada pemberita di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.

Dr. Mahathir berkata, meskipun adalah lebih sesuai Abdullah meletakkan jawatan sekarang, pihaknya berharap Perdana Menteri terus berusaha mengukuhkan UMNO dan parti-parti komponen BN lain sehingga tempoh kepimpinannya tamat Mac ini.

Selain itu, bekas Perdana Menteri selama 22 tahun itu juga bimbang sepanjang tempoh itu Najib akan mengalami halangan kerana beliau tidak diberikan kuasa yang penuh bagi memulihkan parti.

Ditanya mengenai kemampuan Najib untuk menjadi Perdana Menteri, Dr. Mahathir mengakui Najib adalah seorang pentadbir yang berkesan.

Mengenai apakah yang perlu dilakukan oleh Abdullah sekarang, Dr. Mahathir berkata, Abdullah perlu membiarkan Najib melaksanakan peranannya dan beliau berharap Perdana Menteri tidak terlalu mencampuri tugas timbalannya itu.

”Ini kerana jika Najib dilihat terlalu mengikut atau mengambil nasihat Abdullah, saya percaya Najib akan kehilangan sokongan,” katanya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: