Tanding presiden: Pak Lah tidak umum hari ini


Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, beliau tidak akan mengumumkan hari ini sama ada akan bertanding mempertahankan jawatan presiden Umno dalam pemilihan parti Mac depan.

abdullah ahmad badawi“Tidak ada pengumuman hari ini,” katanya ringkas kepada wartawan selepas merasmikan Persidangan dan Pameran BioMalaysia 2008, di ibunegara hari ini.

Mereka mengaju soalan tersebut ekoran kenyataan Abdullah semalam bahawa beliau akan membuat pengumuman mengenainya dalam tempoh 48 jam.

Semalam beliau dilaporkan berkata: “Saya akan tentukan esok atau Rabu”.

Keputusan yang dinanti-nantikan itu mula dimaklumkan selepas satu mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi (MT) Umno penghujung bulan lepas.

Dalam mesyuarat tersebut, MT telah menangguhkan mesyuarat agung dan pemilihan Umno, yang pada asalnya dijadualkan Disember ini, ke Mac tahun depan.

Banyak pihak menjangka perdana menteri tidak akan mempertahankan jawatan presiden ekoran tindakan beberapa pemimpin Umno, termasuk Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi menawarkan diri untuk bertanding timbalan presiden.

Seorang lagi pemimpin Umno yang turut menawar diri bertanding jawatan timbalan presiden adalah ketua bahagian Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Beliau merupakan anak kepada bekas setiausaha agung Umno, Datuk Mohamad Rahmat yang juga bekas menteri penerangan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: