Selangor: Shah Alam, PJU calon Najib-Muhyiddin


Umno bahagian Shah Alam telah membuat keputusan untuk mencalonkan gandingan Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin, masing-masing untuk jawatan presiden dan timbalan presiden.

“Ia dibuat setelah mengambil kira kemahuan kira-kira 95 peratus dari 84 cawangan dalam mesyuarat cawangan masing-masing,” kata bendahari bahagian Shah Alam, Datuk Abdul Manan Said.

Manakala Ketua Pemuda Umno Petaling Jaya Utara, Mohd Ali Mohd Saad pula berkata, mesyuarat bahagian berkenaan telah memutuskan supaya perkara itu diserahkan kepada perwakilan.

muhyiddin yassin and najib and umnoBagaimanapun, katanya, daripada percakapan ramai, bahagian ini akan mencalonkan Najib untuk jawatan presiden dan Muhyiddin sebagai timbalan presiden Umno.

Manakala majoriti bahagian Umno di Selangor yang lain mahu mengadakan mesyuarat di kalangan ahli jawatankuasa (AJK) terlebih dahulu sebelum membuat keputusan sama ada menerima pelan peralihan kuasa tahun 2010.

Keputusan tersebut kemudiannya akan di mesyuarat bahagian masing-masing untuk mendapatkan pengesahan dan kata putus dari para perwakilan.

Menurut mereka, bahagian akan menerima apa sahaja keputusan yang bakal dibuat oleh perwakilan mengenai pelan peralihan kuasa dari Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Ketua Pemuda Umno bahagian Kuala Langat, Zurihan Yusof berkata, biro politik bahagian akan membincangkan perkara itu selepas hari raya Aidifitri ini.

Pendirian bahagian

“Sehingga hari ini saya tidak tahu apa pendirian bahagian kerana ia tidak pernah dibincangkan sebelum ini.

“Sudah tentu bahagian akan akan mengambilkira pandangan semua pihak sebelum membuat keputusan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Zurihan berkata, berdasarkan pengalaman lepas, apa sahaja keputusan bahagian akan diterima oleh para perwakilan.

Katanya, jika ahli tidak setuju, perkara tersebut akan dibuat berdasarkan suara majoriti dalam mesyuarat perwakilan.

Umno Kuala Langat belum menetapkan tarikh mesyuarat perwakilan bahagian tersebut.

Sementara itu, naib ketua Umno bahagian Gombak, Said Ali Said Anuar berkata, perkara tersebut akan dibincangkan dalam mesyuarat khas bahagian pertengahan November depan iaitu seminggu sebelum mesyuarat bahagian diadakan.

“Kita akan cadangkan apa yang bahagian mahukan sebelum dibentangkan dalam mesyuarat perwakilan bahagian pada 18 Oktober.

‘Mahu alternatif lain’

“Keputusan awal, ramai tidak setuju dengan pelan peralihan politik tetapi kita akan membincangkan dan memutuskan kedudukan terakhir,” katanya.

Naib ketua bahagian Kelang, Nassaruddin Mat Zain pula berkata, bahagiannya belum mengadakan mesyuarat untuk menentukan sama ada peralihan kuasa diterima atau sebaliknya.

Katanya, jika ahli jawatankuasa mahu alternatif lain, parti akan menghormatinya.

“Di bahagian Kelang, AJK cuma 25 orang, sedangkan perwakilan seramai 500 orang. Jadi kata putus adalah di tangan perwakilan.

“Kebanyakan ahli – melalui mesyuarat cawangan – melahirkan harapan supaya pemimpin memulihkan keyakinan kepada rakyat termasuk di kalangan orang bukan Melayu,” katanya.

Manakala Umno bahagian Puchong akan membincangkan perkara tersebut tidak lama lagi.

Patuhi kehendak bahagian

Timbalan ketua bahagian Puchong, Datuk Senan@Hasnan Wahid berkata, keputusan tersebut akan dibawa kepada mesyuarat perwakilan bahagian.

Katanya. bahagian Puchong akan mematuhi kehendak bahagian.

Ketua Wanita Umno Serdang, Maimunah Abdul Karim berkata, AJK bahagian akan bermesyuarat dan menentukan pelan peralihan kuasa tersebut bulan depan.

“Selepas itu ia akan dibentang dalam mesyuarat perwakilan untuk pengesahan,” katanya.

Umno Sungai Besar akan mengadakan mesyuarat AJK untuk memutuskan pelan peralihan kuasa tersebut seminggu sebelum mesyuarat perwakilan 19 Oktober depan.

Setiausahanya, Salaman Perse Ahmad pendirian awal ialah Umno Sungai Besar menyokong pelan peralihan kuasa tersebut.

“Oleh kerana ini kawasan luar bandar, perwakilan tidak membantah keputusan bahagian kerana orang kurang bercakap mengenai politik,” katanya.

Kepentingan politik

Sementara beberapa bahagian membuat keputusan untuk menyerahkan perkara tersebut kepada mesyuarat perwakilan bahagian.

Timbalan ketua Umno bahagian Sabak Bernam, Datuk Mat Yasir Ikhsan berkata, keputusan itu kerana mereka lebih tahu siapa yang layak menjadi pemimpin.

“Kita perlu mendengar suara rakyat supaya sebarang keputusan dapat disepakati.

“Rakyat mahu pemimpin yang boleh membela mereka tetapi ada pemimpin yang tidak memenuhi janji dan leka dengan kepentingan politik,” katanya

AJK Umno bahagian Pandan, Mustaffa Ibrahim pula berkata, bahagian itu menyerahkan kepada perwakilan untuk menentukan perkara itu.  

Katanya, jika mereka mahu peralihan kuasa dipercepatkan, bahagian Pandan akan mematuhi kehendak mereka.

“Tetapi di Pandan orang senyap sahaja, mungkin orang memprotes secara senyap. Mereka mungkin nak tengok orang atas buat keputusan dahulu,” katanya.

Serah pada perwakilan

Ketua Pemuda Umno Petaling Jaya Utara, Mohd Ali Mohd Saad berkata, mesyuarat bahagian berkenaan telah memutuskan supaya perkara itu diserahkan kepada perwakilan.

Bagaimanapun, katanya, daripada percakapan ramai, bahagian ini akan mencalonkan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak untuk jawatan presiden Umno, manakala Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai timbalan presiden Umno.

Tetapi, katanya ada juga yang mahu mencalonkan Tengku Razaleigh Hamzah untuk jawatan presiden Umno tetapi tidak dapat memastikan pencalonan untuk Abdullah.

Bahagian Kapar dan Hulu Selangor juga mahu menyerahkan kepada mesyuarat perwakilan sama ada menerima pelan peralihan kuasa tersebut atau tidak.

Perkara ini disahkan oleh AJK Kapar, Faisal Yahya dan ketua Pemuda Hulu Selangor, Mohd Isa Kassim.

Manakala bahagian Sepang dan Selayang mengambil keputusan menyokong penuh pelan peralihan yang telah ditetapkan itu.

Bagaimanapun, bahagian Shah Alam -membuat keputusan bahawa bahagian itu akan mencalonkan Najib dan Muhyiddin untuk jawatan presiden dan timbalan presiden Umno.

“Ia dibuat setelah mengambil kira kemahuan kira-kira 95 peratus dari 84 cawangan dalam mesyuarat cawangan masing-masing,” kata bendahari bahagian Shah Alam, Datuk Abdul Manan Said.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: