‘Elakkan perpecahan dalam parti’


Oleh Wan Jailani Razak
wanjai@bharian.com.my


Abdullah menyampaikan sumbangan duit raya kepada anak kurang upaya di Masjid Ar-Raudah, Tanjong Karang, semalam.

PM ingatkan ahli Umno utamakan persaudaraan

TANJUNG KARANG: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengingatkan ahli dan pemimpin Umno yang akan bertanding pada pemilihan parti tahun ini supaya bertanding dalam semangat persaudaraan agar tidak memecahbelahkan parti.

Perdana Menteri berkata, amalan demokrasi membuka pintu untuk bersaing dan bertanding tetapi mahu ia dilakukan dengan semangat persaudaraan.

“Jangan rosakkan (parti) kerana kalau bertanding kita berbalah dan berpisah, ini tanda kita akan menjadi bertambah lemah sedangkan kelemahan ini tidak memberi kebaikan.

“Jangan habiskan masa dengan tindakan yang boleh memecahbelahkan sesama kita. Ia tidak sepatutnya berlaku kerana boleh melemahkan kita. Kita tidak boleh menghabiskan masa untuk bersaing sesama sendiri,” katanya berucap pada majlis berbuka puasa Perdana Menteri bersama rakyat di Masjid Ar-Raudah di sini, malam tadi.

Abdullah berkata, beliau menyedari akan berlaku pertandingan pada peringkat bahagian kerana ahli yang menawarkan diri dalam pertandingan memang hendak menang.

Bagaimanapun, katanya, Umno tidak boleh menjadi parti yang lemah, sebaliknya perlu menjadi parti kuat sebagai tunjang kepada kekuatan Barisan Nasional (BN).

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: