Makanan berkhasiat, 3x sehari di lokap


Kerajaan diminta menyediakan makanan tiga kali sehari, berkhasiat dan seimbang kepada tahanan, termasuk yang ditahan tanpa bicara bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

pas chinese liaison rep 280607 salahuddin ayubKetua Pemuda PAS Salahuddin Ayub berkata, beliau akan membawa isu makanan yang “mutunya tidak dijamin” itu ke persidangan parlimen yang bersambung pada 13 Oktober ini.

“Bukanlah (mahu makanan) mewah, tetapi biarlah sederhana dan munasabah,” katanya, yang pernah dipenjara sebulan, kepada Malaysiakini.

Salahuddin (foto kiri) dibawa ke Penjara Kajang pada 2000 selepas didapati bersalah terlibat dalam perhimpunan haram bagi membantah kehadiran pasukan kriket Israel pada 1997.

Menurutnya lagi, dengan kenaikan harga barang di pasaran, keperluan menaikkan kos makanan di penjara dan lokap tidak boleh dinafikan.

Beliau mencadangkan RM10 sehari diperuntukkan untuk makanan tahanan di penjara dengan RM2 untuk sarapan pagi dan RM4 makan tengah hari dan makan malam.

Beliau diminta mengulas pendedahan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, T Murugiah yang dilaporkan berkata beliau terkejut dengan kos makanan yang disediakan oleh kerajaan untuk setiap tahanan di lokap dan menyifatkannya “tidak masuk akal.”

Untuk tiga kali makan, katanya, kerajaan memperuntukkan RM4.50 sehari dengan pecahan 60 sen (sarapan), RM2 (tengah hari) dan RM1.90 (makan malam).

Murugiah mencadangkan kerajaan meningkatkan peruntukan RM10 sehari bagi setiap banduan atau tahanan.

teresa kok released from isa 190908 10Isu ini timbul apabila exco kanan Selangor, Teresa Kok (foto kanan) menyifatkan hidangannya dalam tahanan ISA minggu lalu “seperti makanan anjing” – dua biji telur, timun dan kuah untuk makan tengah hari dan malam.

Suara Rakyat Malaysia (Suaram) pula berkata ia menerima aduan tahanan tentang penyediaan makanan yang “teruk” dan “tidak pelbagai” di Penjara Simpang Renggam, Johor.

“Mereka diberikan ikan masin, nasi dan kari hampir setiap hari. Bila Suhakam datang melawat, baru makanannya berubah,” kata penyelarasnya E Nalini.

Tambahnya, tahanan dapat makanan sedap seperti ayam dan daging sebagai lauk hanya seminggu sekali.

Beliau berpendapat, tahanan patut diberikan makanan berkualiti untuk mengelakkan penyakit.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: