Bersama perkukuh parti: PM



ABDULLAH bersama pemimpin dan ahli Umno Kelantan berbuka puasa di Kompleks Yayasan Kemiskinan Kelantan, Kota Bharu, semalam.

Pemimpin, ahli Umno perlu hindari perbalahan

KOTA BHARU: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam, mahu semua pemimpin dan ahli akar umbi Umno berusaha memastikan parti berada dalam keadaan kukuh dan bersatu, menjelang peralihan kuasa kepada Timbalannya, Datuk Seri Najib Razak, seperti dirancang.

Presiden Umno itu berkata, kekuatan dan perpaduan akan membolehkan Umno dan komponen dalam Barisan Nasional (BN) dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab seperti diamanahkan rakyat.

“Kekuatan parti (Umno) adalah perkara yang amat penting, jika kita mahu menjadi kuat dan terus bertahan, mesti ada kekuatan yang datang daripada perpaduan tanpa perbalahan dan pergaduhan sesama kita.

“Justeru, kita perlu kepada muafakat yang kukuh dan kerjasama kuat yang akan membawa kepada perpaduan dan persaudaraan sesama kita antara satu kumpulan dalam perjuangan parti untuk masa depan negara, bangsa dan agama. Semua tidak mahu melihat apa-apa pergaduhan dan perbalahan yang boleh menimbulkan banyak kesulitan.

“Itulah arah yang ditumpukan dan kita mahu masa untuk beri perhatian kepada perkara ini, kita tetap pada pendirian, iaitu penyerahan jawatan daripada saya kepada Najib. Apa yang dikehendaki kemudian akan berjalan mengikut apa yang sudah kita tentukan dan akan dilaksanakan,” katanya.

Beliau memberitahu pemberita demikian selepas mengadakan perjumpaan tertutup dengan ahli Badan Perhubungan UMNO Kelantan, di Kompleks Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK) di sini, lewat petang semalam.

Turut hadir, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Jeanne Abdullah; Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Tan Sri Annuar Musa; Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib dan Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Sempena kunjungannya ke Kelantan semalam, Perdana Menteri turut meluangkan masa berbuka puasa bersama kira-kira 1,000 pemimpin akar umbi Umno Kelantan di dewan terbuka YKK.

Ketika berucap sebelum berbuka puasa, Perdana Menteri mengingatkan ahli Umno yang perbalahan sesama sendiri hanya akan mengundang kemusnahan.

“Kita mesti muafakat dan bersatu. Saya sebagai pemimpin dengan Najib selaku Timbalan dan pemimpin lain, semuanya mahu Umno yang baik, tidak bergaduh dan berbalah sesama kita. Kita mahu sentiasa menunjukkan persefahaman,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: