Rampasan kuasa : Jangan libatkan DYMM Yang Dipertuan Agung


KEGILAAN apa lagi yang Anwar Ibrahim mahu cetuskan. Tidak cukup menjadikan Negara dan rakyat mangsa, telah berjaya menjadikan PAS kucar kacir hingga sehingga turut terpedaya dengan segala janji-janji dustanya sehinggakan PAS juga nampaknya mula belajar untuk berdusta, semuanya kerana Anwar Ibrahim dan terbaru Anwar mahu mengheret DYMM Yang Dipertuan Agung bagi melaksanakan cita-cita gilanya.

Tidak cukup para penyokongnya, rakyat, seluruh penyokong dan rakan-rakan dan pembangkang diperdaya ataupun ditipu bulat-bulat melalui janji 16 September, Anwar cuba pula mengalih perhatian untuk mengheret DYMM Yang Dipertuan Agung untuk turut terpedaya seperti beliau memperdayakan semua orang yang mempercayai bahawa beliau mampu menukar kerajaan walaupun dengan cara yang tidak demokratik.

Sikap Anwar ini tidak ubah seperti mahu menutup malu, mahu mengembalikan maruahnya yang telah sekian lama tercemar, mahu menutup siri-siri cerita bohong dan sandiwaranya dan jalan terakhir adalah mengheret DYMM Yang Dipertuan Agong dalam gelanggang pembohongannya dengan harapan rakyat serta penyokongnya akan sekali lagi percaya dengan pembohongannya yang terbaru ini.

Ramai orang melihat dalam usaha beliau mahu menjadi Perdana Menteri, beliau akan berusaha untuk melakukan apa sahaja setelah pelan 16 Septembernya gagal dan plot rampasan kuasa beliau ini masuk ke fasa pembohongan terbaru dan mangsa seterusnya adalah DYMM Yang Dipertuan Agung.

Tindakan ini dianggap sebagai satu lagi tindakan yang semakin hilang pertimbangan daripada Anwar Ibrahim malah ramai yang beranggapan tindakan Anwar mengheret Agong adalah tindakan biadab serta dilakukan oleh seseorang yang tidak ada maruah. Ini adalah usaha berterusan Anwar yang gagal merealisasikan bentuk rampasan kuasa tidak bermoral.

Kebejatan sikap serta moral Anwar ini membuktikan bahawa pemimpin yang bercita-cita besar ini sebagai seorang yang bersedia untuk menggunakan apa sahaja cara bagi menghalalkan matlamatnya walaupun tindakannya ini menghina DYMM Yang Dipertuan Agong.

Anwar juga tidak menghormati institusi parlimen apabila memaksa parlimen bersidang segera hanya kerana beliau yakin, beliau akan mendapat mandat untuk jadi Perdana Menteri. Siapa Anwar Ibrahim ini? Penting sangatkan beliau?

Dan paling memalukan apabila beliau tidak lagi menghormati DYMM Yang Dipertuan Agung dan berkemungkinan besar senarai Ahli Parlimen yang ada dalam tangan Anwar adalah senarai palsu yang sengaja Anwar ada-adakan untuk mengaburi mata rakyat dan mungkin juga mata DYMM Tuanku. Senarai dan nama-nama itu perlu diwujudkan demi mengelaknya digelar sebagai penipu besar di abad ini.

Anwar telah menipu banyak kali dan tidak mustahil untuk Agung ataupun sesiapa sahaja Anwar akan sanggup menipu lagi dan kita faham kalau Anwar menipu kali ini pun, rakyat dan penyokongnya akan percaya tetapi mustahil Anwar berjaya menghina tahap pemikiran Tuanku.

Walaupun ada yang mengatakan sesiapa sahaja yang berdepan dengan Anwar, maruah mereka akan jadi lebih rendah daripada maruah Anwar tetapi kita  yakin Tunku lebih arif untuk mengenali Anwar yang boleh di umpankan seperti buluh, pepat di luar namun rancung di dalam.

Implikasi kepada permintaan Anwar untuk menghadap Agong ini menunjukkan Anwar adalah seorang yang tidak menghormati institusi kerajaan Malaysia dan cuba mewujudkan konflik antara Agong dan badan eksekutif malah lebih kurang ajar lagi, Anwar cuba mengheret Agong dalam perkara yang tidak wujud ataupun sengaja diada-adakan.

Bagaimana agaknya tindakan Anwar sekiranya Tuanku titahkan Anwar dedahkan secara terbuka senarai nama 30 lebih Ahli Parlimen BN dan beliau mahu mendengar sendiri pengakuan daripada orang dikatakan Anwar telah setuju menyertai kabinet `belakangnya itu. Ketika itu apakah rekaan terbaru Anwar? Skrip mana pula yang beliau akan gunakan?

Ataupun mungkin Anwar mahu memerangkap Agong seperti apa yang berlaku di Thailand di mana sistem politik nya telah kucar kacir dengan berbagai-bagai peristiwa. Kalau ini lah agenda Anwar maka kita anggap Anwar adalah ahli politik yang berkelas Haiti dan Siera Leon.

Kita juga semakin keliru dan setelah sebahagian rakyat menjadi gila, tiba-tiba muncul pula Mujahid Yusof Rawa yang beria-ia benar menjadi jurucakap PR sehingga mendahului pimpinan lain melaporkan semuanya ini. Jika perbuatan Anwar ini menyebabkan kutukan dari rakyat maka dengan sendiri PAS turut terpalit.

Inilah di panggil lebih kuah dari sudu dan nampaknya sudah terdapat ramai pemimpin peringkat pertengahan PAS yang tidak menghormati protokol jemaah dan adab berjemaah. Lihat saja kenyataan mujahid di bawah :

Mujahid berkata, “Pakatan bergantung kepada Seri Paduka untuk menasihatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya memanggil sidang khas Parlimen untuk berdepan dengan usul tidak percaya yang mahu dibentangkan oleh Pakatan. Sambil melahirkan keyakinannya bahawa Seri Paduka akan campur tangan untuk menangani krisis politik sekarang”

Mujahid berkata, “pihak pembangkang dirangsang oleh campur tangan istana dalam menyelesaikan isu pelantikan menteri besar di Perak, Perlis dan Terengganu selepas pilihan raya umum Mac lalu“..

Apakah tidak cukup semua pemimpin PAS kecuali Hadi Awang dan Mustaffa Ali menjadi gila sehinggakan anak bekas Presiden PAS ini juga turut terkena badi gila kuasa daripada pemimpin pembangkang yang semakin kemaruk menggilai kuasa.

Sampai bila pemimpin seperti Saifuddin Nasution, Johari Abdul dan beberapa orang lagi mahu membohongi rakyat. Berkata benarlah kerana anda dilahirkan dalam keluarga baik-baik. Tidak perlu lagi bersekongkol dengan kerja gila sehingga sanggup bersama untuk mempermainkan Agung dan menipu rakyat serta menghuru-harakan Negara sekali lagi. Berpijaklah di bumi nyata. Untuk kali ini, jadilah pembangkang yang baik daripada ingin menjadi kerajaan yang jahat serta celaka kepada semua orang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: