Rafidah selar ahli MT bocor maklumat


KUALA LUMPUR: Ketua Pergerakan Wanita Umno, Tan Sri Rafidah Aziz semalam menyelar tindakan anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno yang membocorkan maklumat dalam perbincangan tertutup parti dan menyifatkan mereka sebagai tidak amanah.

Beliau berkata, semua anggota MT Umno seharusnya perlu tahu dan peka kepada tanggungjawab masing-masing serta berpegang kepada amanah dengan tidak membocorkan rahsia dalam mana-mana mesyuarat yang diadakan secara tertutup.

“Saya ingin mempersoalkan macam mana butiran dalam perbincangan tertutup boleh diketahui oleh media tanpa memberi gambaran sebenar yang berlaku. Itu pertanyaan saya… yang harus dijawab oleh anggota MT sendiri,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan akhbar ada anggota MT dalam mesyuarat Jumaat lalu cuba memberi tekanan meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi membuat peralihan kuasa kepada Datuk Seri Najib Razak lebih awal daripada 2010.

Laporan itu memetik, dalam mesyuarat berkenaan lima anggota MT bercakap mengenai isu itu, termasuk empat yang menasihatkan keperluan peralihan kuasa lebih awal, sebaik-baiknya sebelum Disember ini apabila Perhimpunan Agung Umno diadakan.

Ia mengaitkan Naib Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Ketua Pemuda, Datuk Seri Hishammuddin Hussein; Rafidah dan Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Mohd Shafie Apdal, sebagai empat anggota MT terbabit.

Akhbar itu turut memetik kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar, yang juga anggota MT, bahawa Abdullah mendengar nasihat terbabit dengan teliti sebelum meminta diberi masa untuk berbincang dengan Timbalannya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: