Pemuda perlu jadi wadah generasi muda


 

ALOR STAR: Pemuda Umno tidak boleh dilihat eksklusif untuk ahli pergerakan itu saja, sebaliknya perlu menjadi wadah untuk perjuangan seluruh generasi muda negara, kata Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.

Bagi mencapai matlamat itu, beliau berkata, Pergerakan Pemuda Umno perlu memantapkan hubungan dengan ahlinya pada peringkat akar umbi, sesama ahli Pemuda komponen Barisan Nasional (BN) dan generasi muda di luar parti.

“Pemuda Umno perlu bergerak di atas tiga teras ini bagi memastikan ia terus menjadi wadah perjuangan semua pihak dan bersifat inklusif.

“Hanya dengan merapatkan jurang antara cawangan dan Pusat, ahli Pemuda Umno pada peringkat akar umbi akan berasa mereka diperkasakan menerusi semangat setia kawan.

“Bagi Pemuda Umno dan BN pula, kita nampak hubungan itu perlu diperkukuhkan lagi kerana pada masa ini kelihatan longgar sedikit disebabkan isu seperti perkauman.

“Perlu ada satu perjanjian baru di antara Pemuda Umno dan BN untuk melihat bagaimana hendak menangani isu itu dengan cara yang berhemah,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan program Nur Ramadan kepada 116 warga emas, ibu tunggal dan orang miskin di Masjid Hidayatul Solihin di sini, semalam.

Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata Pemuda Umno juga perlu mendekatkan diri dengan golongan muda di luar parti itu supaya dilihat sebagai wadah perjuangan seluruh rakyat.

Khairy adalah antara empat calon yang setakat ini menawarkan diri untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda Umno pada pemilihan parti Disember ini.

Calon lain ialah bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo; Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perlis, Datuk Zahidi Zainul Abidin.

Sementara itu, ketika berucap pada majlis sama, Khairy juga meminta ahli Pemuda Umno mendampingi generasi tua termasuk memberikan bantuan kepada yang memerlukan sebagai mengenang jasa mereka ketika perjuangan menuntut kemerdekaan.

“Tidak kira sama ada kita (Pemuda Umno) berada di negeri diperintah pembangkang, kita perlu terus memberikan perkhidmatan kepada rakyat.

“Pemuda perlu sentiasa bersedia untuk membantu rakyat terutama warga emas, ibu tunggal dan orang miskin,” katanya.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: