Wad psikiatri (gila) – cukupkah hospital menampung pesakit?


     
 

ImageAGAK-AGAKNYA adakah cukup hospital kerajaan ataupun swasta untuk menampung bilangan orang-orang `gila’ ekoran kegagalan kumpulan ini menggulingkan kerajaan Barisan Nasional pada 16 September lalu? Apakah kementerian Kesihatan sedang berkira-kira untuk memohon peruntukan tambahan daripada kerajaan bagi membina hospital gila yang baru kerana kita percaya wad-wad yang sedia ada tidak mampu menampung jumlah ini kerana ianya semakin hari semakin bertambah.

Bila tidak jadi pertukaran kerajaan antara Barisan Nasional kepada Pakatan Rakyat pada tarikh 16 September 2008 dan apabila tidak ada peralihan kuasa Perdana Menteri antara Pak Lah dan Anwar Ibrahim pada tarikh itu, maka ramailah pemimpin pembangkang yang sudah bercakap dengan dinding dan batu, kerusi dan meja. Yang wanita pula ada yang jadi gila seperti gila meroyan, meracau tak tentu pasal dan sebahagian rakyat yang percaya akan ada peralihan kuasa, mulut mereka terlopong, muka sekejap biru, sekejap merah dan mungkin ada yang mati terkejut kerana tidak percaya Anwar Ibrahim telah membohongi mereka.

Kita bersetuju dengan kata orang-orang tua bahawa penyakit gila ini banyak jenisnya dan gila mahu berkuasa untuk menjadi Perdana Menteri, Menteri ataupun Timbalan menteri adalah salah satu daripada sindrom kegilaan yang mungkin kalau tidak dikawal akan mencederakan orang lain dan orang tua-tua kata juga, hanya orang gila yang tidak akan mengaku dirinya gila.

<!–[if gte mso 9]> Normal 0 false false false MicrosoftInternetExplorer4 <![endif]–><!–[if gte mso 9]> <![endif]–> <!–[endif]–>

Satu lagi jenis gila ialah, mudah terpesona, terpedaya dan terpengaruh daripada orang gila yang cukup pandai berkata-kata, cukup pandai berjanji, bak kata orang lembut gigi dari lidah. Gila jenis ini tidak mengira siapa baik orang terpelajar, ulama, bekas mufti, imam tapi jahil tukil, lulusan Al-Azhar, ketua parti politik macam SAPP. Wartawan akhbar, penulis blog dan web apatah lagi rakyat biasa, mereka sanggup menjadi sama-sama gila dengan orang gila yang pandai berkata-kata itu.

Ada sahaja majlis orang gila, sebahagian akhbar dan wartawan yang percaya dengan cerita gila berbondong-bondong menghadiri majlis untuk memberikan liputan besar-besaran kepada kerja ataupun kenyataan orang-orang yang gila. Dan rakyat yang mulanya normal akhirnya turut menjadi gila kerana percaya kepada kenyataan orang gila yang dilaporkan oelh orang-orang yang turut terjangkit penyakit gila.

Kelebihan orang gila hanya orang gila yang tahu. Impian dan cita-cita orang gila hanya di mengertikan oleh orang gila sahaja dan seorang gila boleh berjanji akan memetik bintang langit ataupun menukar surat khabar Cina menjadi wang kertas RM 1,000. an orang yang selama ini normal tiba-tiba boleh bertukar menjadi gila untuk percaya bahawa ini boleh berlaku.

Orang yang tidak gila seperti Mustaffa Ali, Pesuruhjaya PAS Terengganu dan Hadi Awang sahaja yang nampaknya masih  terus normal sehingga ke hari ini dan tidak nampak tanda-tanda kedua pemimpin ini akan menjadi gila seperti beberapa rakan-rakan mereka dalam PAS dan Pakatan.

Mungkin iman mereka kuat kalau mahu dibandingkan dengan yang lain-lain ataupun mungkin kerana mereka pernah menjadi gila sebelum ini dan tidak mahu berulang gila untuk kali kedua. Kedua mereka ini sedang melihat rakan-rakan lain yang boleh diumpamakan mengamalkan ajaran songsang dalam Islam, bila mati, rohnya terkapai-kapai di tolak oleh bumi dan langit.

Kita tidak hairan dengan kegilaan beberapa pemimpin pembangkang kerana mereka sendiri banyak masalah terutamanya masalah peribadi, seperti kata Ibrahim Ali yang percaya bahawa Anwar begitu sekali bersungguh-sungguh untuk menjadi Perdana Menteri kerana sedang didakwa di mahkamah ekoran tuduhan `main belakang’ Saiful Bahri tetapi yang kita pelik ialah sikap kalangan rakyat sendiri yang pada mulanya taksub akhirnya turut menjadi gila hanya kerana seorang ahli politik yang licik, yang gila mahu menjadi Perdana Menteri.

Lebih malang lagi, ada juga kalangan anggota Barisan Nasional turut menjadi gila kerana mempercayai akan berlaku pertukaran kerajaan pada tarikh 16 September itu. Ada yang lari sampai ke luar negeri, ada yang tak tidur malam kerana takut terlucut jawatan Menteri ataupun Timbalan Menteri walaupun mereka tahu pertukaran kerajaan dalam cara yang sedang dilakukan ketika ini adalah cara yang gila tetapi bak kata tadi hanya orang gila sahaja yang percaya kepada orang gila yang lain. Sebab itu orang gila boleh diletakkan dalam satu wad, sebab mereka ada kegilaan tersendiri.

Malaysia-hariini.com pernah menulis sebelum ini bahawa tujuan Anwar dan kumpulannya dilihat hanya mahu melumpuhkan ekonomi Negara sedangkan mereka tahu pertukaran kerajaan dalam sistem demokrasi berparlimen bukan sesuatu yang mudah, banyak tatacara ataupun protokolnya tetapi ada yang menjadi pening lalat, percaya dengan kegilaan yang dicetuskan itu. Jadi pening pun bahaya kerana ia boleh menjadi punca untuk terkena penyakit gila.

Tulisan Malaysia-hariini.com ini akhirnya diakui oleh Perdana Menteri Malaysia. Anwar perlu diambil tindakan kerana sedang mencetuskan suasana yang tidak sihat untuk perkembangan ekonomi dan sosiopolitik dalam Negara. Tindakan Anwar dan kumpulannya menjadi ancaman kepada kestabilan bukan sahaja Negara tetapi seluruh rakyatnya. Bimbang, rakyat yang selebihnya selama ini normal akhirnya turut menjadi gila seperti sebahagian rakyat lain yang sedang gila ketika ini.

Seseorang dalam UMNO ataupun Barisan Nasional perlu buat-buat gila untuk mengajar orang-orang gila yang sedang berusaha untuk mengucar-ngacirkan Negara dan kalau tidak ada yang sanggup berkorban untuk buat-buat gila, kita percaya orang-orang gila yang sedang berusaha keras ketika ini akan menjadikan seluruh rakyat yang berjumlah hamper 26 juta ini akan turut menjadi gila dan bertukarlah slogan daripada Malaysia ku Gemilang kepada Malaysia ku Yang Gila. Nauzubillah.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: