MT terima penjelasan Muhyiddin


Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi penjelasan kepada Majlis Tertinggi (MT) Umno berhubung kenyataan beliau mengenai pelan peralihan kuasa yang dikatakan agak lama.

Mesyuarat MT Umno, yang dipengerusikan oleh Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, menerima penjelasan Muhyiddin itu.

muhyiddin yassin malaysian service development council pc 090908 03“Saya ambil kesempatan (dalam MT Umno hari ini) untuk memberitahu tentang kenyataan saya di Singapura dan kenyataan saya tentang parti sejak dulu.

“Saya jelaskan dan nampak tidak ada apa-apa perbahasan kerana saya jelaskan kenyataan ini adalah dengan niat baik untuk perbetulkan parti,” kata Muhyiddin semasa ditemui pemberita selepas mesyuarat tersebut.

“Nampaknya Alhamdulillah… Presiden menerima dan tidak ada rakan-rakan saya yang mengkritik (penjelasan) biarpun sebelum ini ada yang kata macam-macam hal. Saya rasa syukur,” katanya.

Muhyiddin, yang juga menteri perdagangan antarabangsa dan industri, menurut Bernama berkata saranan beliau sebelum ini yang meminta Abdullah untuk menyegerakan proses peralihan kuasa adalah bagi memulihkan parti untuk persiapan pilihanraya akan datang dan mempertahankan kedudukan BN.

“Walaupun saya tegur kepimpinan Presiden, bukan ada tujuan atau muslihat (tertentu) kerana semua ini adalah untuk pastikan supaya Umno khususnya BN terus dipercayai,” katanya.

Mengenai proses peralihan kuasa di antara Abdullah dan timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak, Muhyiddin berkata beliau menyerahkan kepada Abdullah dan Najib untuk menentukan bilakah ia akan dilaksanakan.

“Tidak ada tarikh khusus, cuma kita beritahu tadi perasaan dan pandangan ahli parti yang di bawah yang mahu proses peralihan dibuat secepat mungkin. Kita beri ruang pada Presiden untuk berbincang dengan Najib,” katanya.

Ketika ditanya mesej beliau terhadap ahli Umno, Muhyiddin berkata: “Mereka harus teruskan macam biasa kerana tidak lama lagi bahagian akan bersidang di mana mereka ada hak untuk putuskan. Tunggulah apa yang akan diumumkan presiden atau timbalan presiden.”

Sementara itu, Ketua Penerangan Umno Tan Sri Muhammad Muhamad Taib berkata MT Umno hari ini bersetuju untuk mengekalkan pelan peralihan kuasa yang dipersetujui sebelum ini.

“Kita setuju dengan pelan tersebut. Sama ada mungkin peralihan kuasa akan berlaku lebih awal dari yang ditetapkan… biarlah perkara ini ditentukan oleh perdana menteri dan timbalannya,” katanya.

Menteri di Jabatan di Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata MT Umno menerima baik pertukaran portfolio antara Abdullah dengan Najib yang disifatnya sebagai persediaan untuk membolehkan Najib mengalih tampuk kepimpinan kelak.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: