Najib minta Umno terima pelan peralihan kuasa


Oleh Wan Hazmir Bakar dan Abdul Razak Raaf
bhnews@bharian.com.my


ABDULLAH disambut Najib ketika tiba pada majlis berbuka puasa dan penyerahan zakat perniagaan oleh Kumpulan Felda di Sri Satria, Putrajaya, semalam. Turut kelihatan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Jeanne Abdullah.

Presiden, Timbalan Presiden serah pada parti buat keputusan

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak semalam berharap Umno menerima baik pelan peralihan kuasa yang sudah diputuskan antara beliau dan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi serta membuat pencalonan sewajarnya bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden parti.

Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau dan Perdana Menteri komited dengan pelan yang sudah dipersetujui mereka berdua serta mendapat sokongan Majlis Tertinggi (MT) Umno dan Kabinet, demi kestabilan parti serta negara.

“Kami menyerahkan kepada parti untuk membuat keputusan. Kami berharap parti akan menerimanya,” katanya apabila ditanya sama ada beliau akan menolak pencalonan untuk jawatan Presiden Umno bagi pemilihan parti Disember ini.

Najib menjawab soalan pemberita pada sidang media khas bersama Abdullah bagi menjelaskan isu pelan peralihan kuasa selepas mesyuarat Kabinet di Pejabat Perdana Menteri di sini, semalam.

Sebelum itu, Abdullah yang juga Presiden Umno mengumumkan beliau memberikan portfolio Menteri Kewangan kepada Timbalannya bagi membiasakan Najib dengan tugas Perdana Menteri sejajar pelan peralihan kuasa yang mereka persetujui.

Pada masa sama, Abdullah akan mengambil alih portfolio Menteri Pertahanan daripada Najib.

Mengulas keputusan itu, Najib menyatakan penghargaan terhadap keyakinan Abdullah untuk beliau memegang jawatan penting itu dan berikrar akan memberi tumpuan kepada tanggungjawab barunya itu.

Katanya, beliau juga akan sentiasa merujuk dan berbincang dengan Perdana Menteri sebelum membuat keputusan berhubung dasar dan isu ekonomi yang penting.

“Seperti kita maklum, jawatan ini bukan saja penting, tapi mengikut amalan Kerajaan Malaysia, jawatan ini dipegang Perdana Menteri sendiri.

“Oleh itu, keputusan Perdana Menteri menyerah kepada saya jawatan ini adalah satu keputusan yang amat bermurah hati dan menggambarkan keikhlasan beliau kepada saya sebagai pengganti beliau. Saya menghargai keputusan beliau yang mencerminkan keyakinan kepada saya,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: