Zaid letak jawatan – selesai satu masalah


dan tahniah kepada Zaid Ibrahim kerana akhirnya telah menemui jalan benar apabila meletak jawatan sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri. Tindakan Zaid ini wajar dan tepat kerana kehadirannya sebagai anggota kerajaan dilihat tidak banyak membantu malah lebih kepada menjadi ancaman terhadap kestabilan kerajaan Barisan Nasional.

Zaid yang selama ini dilihat menjadi duri dalam daging kepada kabinet persekutuan apabila beberapa kenyataannya tidak mencerminkan suara ahli kabinet dan sering menyanggah keputusan yang telah dipersetujui bersama dan tindakan beliau hari ini adalah satu anjakan yang membuktikan bahawa Zaid tidak sesuai ataupun layak menjadi menteri dan biarlah beliau kekal sebagai pengamal undang-undang semata-mata.

Malah kehadiran Zaid dalam kancah politik sehingga di berikan jawatan sebagai Menteri kabinet dilihat hanya menguntungkan pihak-pihak tertentu sahaja dan ketidakmampuan beliau menyumbangkan idea ataupun pandangan membuktikan bahawa pelantikan Zaid adalah satu kesilapan yang cukup besar dan seolah-olah tidak ada orang lain yang layak untuk menjadi penasihat undang-undang kabinet.

Tindakan terbaru Zaid yang mempertikaikan penangkapan beberapa orang di bawah ISA telah jelas membuktikan bahawa zaid begitu terdesak serta tidak menghormati kabinet yang telah memperakui agar tindakan diambil terhadap individu berkenaan.

Zaid juga yang menjadikan Syed Hamid Albar sebagai sasarannya juga membuktikan bahawa beliau tidak layak untuk berada di dalam pasukan apabila beliau mencampuri tanggungjawab dan kuasa kementerian lain yang tidak ada kena mengena dengan portfolionya.

Zaid harus tahu bahawa sebagai Menteri, tugas dan tanggungjawab menteri dan kementerian tersebut melaksanakan tugasnya dan dalam soal ISA, penangkapan Raja Petra dan Teresa Kok, Syed Hamid telah melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang telah rakyat berikan kepadanya dan sebagai menteri, Syed Hamid juga telah melaksanakan kerjanya dengan baik sesuai dengan hasrat seluruh jawatankuasa kabinet yang memutuskan tindakan tersebut.

Zaid seharusnya tahu bahawa ISA bukan senjata orang Melayu, Cina ataupun India. ISA adalah kuasa Negara, kuasa yang boleh digunakan untuk menyelamatkan Negara ini daripada ancaman warganegara yang tidak bertanggungjawab dan ISA tidak kenal siapa selagi akta ini mampu membantu Negara untuk kekal aman dan tenteram, ia perlu diguna serta dilaksanakan. Dan kepada sesiapa yang takut dengan akta ini, jangan sesekali menjadi kurang ajar kepada agama, bangsa dan negara ini.

Zaid perlu melihat secara lebih terbuka perwatakan ISA ini dan sebagai menteri yang baru saja meletak jawatan, Zaid tidak seharusnya menghukum undang-undang ini sebagai sebuah perlaksanaan hukum yang zalim dan kalau ISA ini mahu dibandingkan dengan Negara Amerika Syarikat, Negara yang menjadi pujaan ramai pembangkang ketika ini, AS lagi zalim dan sadis melayan tahanan mereka terutama sekali yang membabitkan perang Iraq dan juga Al-Qaeda.

Jadi kita tidak perlu gundah gulana dengan keputusan Zaid ini kerana ramai lagi tokoh di luar ataupun orang politik lain yang lebih hebat dan tahu semangat setiakawan memperakui keputusan bersama. Biarlah Zaid pergi daripada menyusahkan rakyat dan kerajaan. Kita juga cadangkan masuklah PKR kerana dalam PKR tidak ramai peguam-peguam Melayu.

Untuk apa kita ada pemimpin ataupun Menteri seperti Zaid ini seandainya tindakan beliau yang membelakangkan keputusan kabinet serta mempersoalkan tindakan Syed Hamid Albar sebagai Menteri Dalam Negeri dan adakah Zaid juga mahu Syed Hamid menjadi menteri Tunggul macam beliau yang tidak menyumbang apa-apa kepada parti dan kerajaan.

Tindakan ini juga secara tidak langsung memperlihatkan betapa dangkalnya pemikiran Zaid sebagai orang politik dan sesiapa sahaja yang menganggap tindakan ISA itu sebagai tindakan politik, mereka telah melakukan kesilapan yang cukup besar. Mereka lupa tanggungjawab kepada Negara dan rakyat terbanyak yang lain.

Malah kenyataan Zaid juga adalah satu penghinaan kepada Perdana Menteri kerana pengesahan kepada penangkapan tersebut setelah diluluskan oleh kabinet adalah ditandatangani oleh Perdana Menteri dan adakah sewaktu kabinet memutuskan supaya dilaksanakan atau dikuatkuasakan akta ini kepada individu terbabit Zaid tidak ada dalam mesyuarat mingguan itu seperti mana beliau menghilangkan diri ketika Pilihan raya ke 12 lalu.

Apa pun alasan Zaid, mempertikaikan keputusan jemaah menteri adalah seperti mempertikaikan kredibiliti beliau secara peribadi dan peletakan jawatan yang dilakukannya adalah tepat dan tidak ada sesiapa yang akan menangis dek ketiadaannya dalam kabinet persekutuan.Zaid ibarat malukut ditepian gantang – ada tak menambah, tiada tak berkurangan.

Lebih malang lagi ada suara-suara kedengaran bahawa Zaid membuat kenyataannya dalam keadaan beliau tidak sedar bahawa kenyataan tersebut mempertikaikan kedudukan beliau secara langsung dan setelah sedar barulah beliau memahami bahawa beliau telah melakukan kesilapan dan untuk menutup malu, beliau mengambil keputusan meletakkan jawatan.

Kepada kita. peletakan jawatan Zaid itu tidak memberikan kesan apa-apa kerana Zaid sendiri selama memegang jawatan lebih banyak menimbulkan kontroversi daripada melakukan kerja untuk parti dan kerajaan. UMNO sendiri pun tidak akan kerugian apa-apa seandainya Zaid yang sedang tercari pencalonan yang cukup bagi bertanding jawatan Ketua Bahagian Kota Bharu gagal mendapat jawatannya kerana orang macam Zaid, lebih baik tak ada dari ada dalam kabinet dan parti.

Selamat jalan Zaid…!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: