Rakyat Sabah Sarawak jangan tertipu- himpunan merdeka


Perhimpunan menyambut kemerdekaan Malaysia di stadium MPPJ malam tadi tidak mempunyai sebarang pengisian langsung melainkan pengedaran bendera. Malaysia dan juga gelang Malaysia tanah airku.

10,000 penyokong PR ditipu oleh Anwar Ibrahim dan adalah lebih baik mereka berjemaah di surau-surau. Pemimpin PAS Nik Aziz dan Hj Hadi tidak hadir pada perhimpunan malam tadi. Perhimpunan ini telah bertukar menjadi ceramah politik biasa di mana Anwar memberi ucapan ritorik beliau dan mengambil kesempatan untuk menipu rakyat kerana gagal menubuhkan kerajaan.

Malangnya, penyokong pembangkang bagaikan penyokong yang binggung seolah-oleh tidak dapat menilaikan lagi yang mana betul dan yang mana salah lagi. Anwar kata kepada penyokongnya bahawa bilangan MP BN yang mahu melompat parti telah cukup dan boleh menduduki Putrajaya pada bila-bila masa saja, tetapi beliau mahu melakukan peralihan parti secara aman takut rakyat memberontak. Beliau belum habis berbincang dengan PM. Surat untuk bertemu PM telah pun dihantar kepada Pak Lah petang tadi . Beliau juga mahu memberikan peluang kepada Pak Lah untuk memerentah selama satu atau dua minggu lagi.

“Tetapi kita ada cukup jumlah untuk mengalahkan BN. Bukan hendak paksa, pergi Putrajaya hendak heret, ambil alih (kuasa kerajaan pusat) bukan mengikut hukum rimba, yang lalu tetap berlalu.

“Esok kita akan umumkan pendirian kita.”

malahan cakap anwar berbelit belit dan pada satu ketika beliau berkata , “Kita sudah ada jumlah (wakil BN yang akan melompat kepada Pakatan), dan kita telah bersedia. Hari ini 16 September, esok 17 September, kita bersedia membentuk kerajaan.”

Anwar, yang juga penasihat PKR, meyakinkan para penyokongnya bahawa rancangannya untuk menubuhkan kerajaan dengan cara memujuk lebih 30 wakil rakyat BN meninggalkan parti itu “masih seperti dirancang.”

“Apabila kita kata ‘on track’ (masih seperti dirancang), maksudnya ‘on track’.

“Hendak jadi macam mana (perubahan kerajaan pada 16 September), mereka bawa (ahli-ahli parlimen BN) ke Taipei,” katanya, merujuk lebih 50 wakil rakyat BN yang secara mendadak dibawa melawat Taiwan beberapa hari lalu.

Sebelum itu Kamaruddin Jaafar pula berkata bahawa kita biarkan Pak Lah tertanya-tanya bilakah kita akan menubuhkan kerajaan. Beliau juga berkata bahawa sebahagian dari MP yang sudah balik ke Malaysia sebenarnya ada yang ditahan di bawah akta ISA.

Anwar tiba jam 10 malam, turut hadir adalah Lim Kit Siang, Lim Guan Eng ,Karpal Singh, MB Selangor . Kamaruddin Jaafar.

Laporan wartawan KPMU yg berada di lokasi

Pengarang: zanas

Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan.

Tinggalkan komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

PENAPIS AIR CUKCOO

CUCKOO - PENAPIS AIR MINERAL BERALKALI RINGAN

MENDAULATKAN MARTABAT BANGSA

Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan.