Ini Malaysia bukan Amerika Syarikat


ImageAPA hal dengan Amerika Syarikat ni? Segala yang berkaitan dengan Malaysia mahu campur tangan? Apa tujuannya? Siapa pula yang menjadi “balaci” mereka di Malaysia ini? Apa pentingnya Teresa Kok, Raja Petra ataupun Anwar Ibrahim kepada mereka? Apakah sikap kurang ajar mereka kepada beberapa buah Negara dalam dunia mahu dihalakan ke Malaysia pula? Adakah tidak cukup membiarkan Negara-negara lain sengsara, hilang ketuanan, kebulur rakyatnya, berpindah randah kerana enggan mengikut telunjuk mereka, mereka mencari negara baru pula.

Soal  ISA adalah soal undang-undang di Negara Malaysia, soal kerajaan Malaysia dan ISA bukan baru hari ini dikuatkuasakan, sudah berabad dan kenapa pula Amerika harus mempersoalkan undang-undang ini. Apa “locus standi” mereka untuk campur tangan sedangkan kita ada peruntukan undang-undang, mahkamah dan semua yang berkaitan dengan seluruh sistem Negara ini. Dan paling penting Malaysia mempunyai sebuah kerajaan yang memerintah berpandukan Perlembagaan Persekutuan dan demokrasi berparlimen.

Tindakan Amerika Syarikat yang memanggil Duta Malaysia ke Washington bagi membantah operasi penangkapan Teresa Kok, Raja Petra dan seorang wartawan akhbar dilihat sebagai salah satu lagi bentuk campur tangan Negara asing serta mencabul kedaulatan undang-undang negara ini dan sekali gus membuktikan bahawa Amerika Syarikat telah melihat undang-undang Negara ini daripada kaca mata yang salah.

Apa alasan Amerika Syarikat untuk menjadi biadab dengan mencampuri urusan Negara ini? Apakah Amerika mempunyai keyakinan tinggi kononnya penangkapan tersebut mahu menggagalkan usaha Pakatan Rakyat menubuhkan kerajaan dan ISA dijadikan alat menakutkan pemimpin dan rakyat secara keseluruhannya.

Penangkapan tersebut tidak ada kena mengena dengan Pakatan rakyat yang kononnya sedang berkira-kira untuk menubuhkan kerajaan baru dan kegilaan mereka dengan menghantar beberapa wakil ke Taiwan bagi membujuk beberapa orang Ahli Parlimen BN sebagai satu tindakan terdesak dan bolah juga diumpamakan sebagai `bapa-bapa ayam’ moden dalam institusi politik Malaysia.

Kita dan Amerika Syarikat juga harus rasional bahawa tindakan menangkap di bawah Akta ISA tidak ada kena mengena dengan apa yang dikatakan bakal berlaku pada 16 September ini. Soal politik tetap kekal sebagai persoalan politik tetapi soal keselamatan, semua peringkat warganegara tidak boleh berkompromi dan kita kena percaya bahawa pihak polis mempunyai alasan kukuh untuk menyiasat keterlibatan mereka.

Persoalan berkaitan, apa hubungan Anwar dengan Amerika Syarikat? Apa kaitan pula polis dunia ini dengan Anwar apabila Amerika Syarikat telah memanggil dua kali Duta kita, yang mana pertama kali dipanggil apabila melibatkan kes liwat dengan Saiful Bahri hingga Anwar tidak cukup langkah lari bersembunyi di Kedutaan Turki dan ini kali kedua apabila tangkapan ISA di buat kepada tiga orang Warganegara Malaysia.

Amerika Syarikat tidak seharusnya membantah ataupun cuba campur tangan dalam sistem perundangan Negara dan sepatutnya menyerahkan kepada kebijaksanaan Kerajaan Malaysia dan pihak keselamatan kerana hanya Malaysia tahu apa yang berlaku dan apa yang akan cuba dilakukan oleh rakyat Negara ini. Sekiranya Amerika mengambil kira tohmahan daripada beberapa pemimpin politik pembangkang dan menuduh kerajaan Malaysia berat sebelah atau apa sahaja daripada agen-agen mereka yang ada di sini, ternyata Amerika Syarikat mempunyai niat jahat terhadap Malaysia.

Sepatutnya juga Amerika Syarikat mengambil kira secara serius kecaman yang dibuat oleh Menteri Luar, Dato Dr Rais Yatim bahawa Amerika Syarikat sudah terlalu banyak campur dalam urusan pentadbiran dan hal ehwal serta undang-undang Negara ini tetapi kesombongan dan keangkuhan Amerika terus ketara dan seakan tidak mahu mendengar pandangan kerajaan apabila mereka terus mengecam tangkapan ISA baru-baru ini.

Amerika Syarikat perlu tahu dan diberitahu kerana sikapnya yang suka menjaga tepi kain Negara lain bahawa penangkapan di bawah Akta ISA terhadap penulis ataupun orang politik bukan kerana Malaysia berada dalam krisis nasional, salah laku urus tadbir politik Negara ataupun ketidakstabilan politik dalam Negara tetapi penangkapan tersebut wajar dilakukan kerana mereka disyaki terlibat dalam isu yang boleh mencetuskan ketegangan kaum dan kemudaratan kepada ketenteraman awam.

Amerika tidak perlu untuk menjadi jaguh ataupun Tuhan di Asia dan warganegara Malaysia juga tidak perlu untuk menjadi agen ataupun sekutu Barat kerana tindakan mereka tersebut bakal mendedahkan Negara ke dalam situasi yang membimbangkan sekiranya Amerika Syarikat terus dibenarkan berlaku biadab terhadap Negara ini.

Sebagai rakyat yang cintakan Negara dan mahu menjaga Negara ini daripada dijajah semula minda mereka oleh barat yang selama ini tidak senang dengan kestabilan politik Negara serta perpaduan kaum, kita harus bangkit untuk membantah campur tangan asing terutama daripada Amerika Syarikat dan kita juga tidak sepatutnya menjadi alat kepada pemimpin tertentu untuk turut sama menyokong tindakan barat ini.

Kita juga seharusnya mengambil contoh Negara-negara luar yang mana bila AS campur tangan telah menjadikan Negara tersebut berada di bawah telunjuk mereka, Negara ini menuju kepada kehancuran bukan sahaja Negara tetapi moral rakyatnya  dan lebih malang lagi apabila ada Negara yang berpayung secara langsung, mereka hanya menjadi pak turut kepada Negara kuasa besar dunia ini.

Membenarkan AS terus dengan impian mereka, kita seperti membenarkan mereka ini mencabul kedaulatan Negara ini dan sekiranya kita begitu taasub menjangkakan bahawa hanya AS sahaja yang mampu merubah iklim politik Negara, yakinlah kita bakal mengkhianati kepada agama, bangsa dan Negara kita.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: