Mission Impossible di Taiwan


Impian nak tubuh kerajaan ‘ pintu belakang ‘ 16 September telah masuk ke episod yang kalangan para pemerhati politik anggap ‘ agak melucukan’.

Ini bila mana mesyuarat Biro Politik Parti Keadilan Rakyat yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim Khamis telah melancarkan misi memburu 51 orang Ahli Parlimen Barisan Nasional yang sedang melakukan lawatan sambil belajar di Taiwan.

PKR mendakwa ada dikalangan Ahli Parlimen itu sebelum ini sudah bersetuju untuk melompat masuk pembangkang.

Misi itu akan dikendalikan oleh Ketua Penerangan PKR yang juga Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, Timbalan Pengarah Pilihanraya PKR yang juga Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh dan pakar strategi parti itu yang juga Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution.

Menurut Tian Chua tujuan mereka ke Taiwan adalah untuk berbincang butir-butir terperinci rancangan mengambil alih kuasa dengan ahli-ahli Parlimen BN yang berkenaan.

Katanya Anwar tidak perlu pergi sendiri ke sana.

Mereka bertolak ke sana Jumaat dan akan berada di sana sampai Isnin depan.

Para Ahli Parlimen BN dijadual pulang ke Malaysia selewat-lewatnya Jumaat 19 September.

Sementara itu satu sumber yang dikenali cukup tahu dengan modus operandi Anwar ketika dihubungi Agendadaily menilainya tidak lebih dari ‘ misi gempak’ untuk menarik perhatian orang supaya terus bercakap tentang pelan 16 September yang kini ditukar kepada 20 September.

“Kisah nak kejar Ahli Parlimen BN sampai ke sana bunyinya sudah macam satu jenaka.Kalau yakin sangat bagai dikata sebelum ini kenapa sampai begitu sekali.Saya kira bagi mereka jadi ke tak jadi dah tak penting.Orang sudah nampak dimana akhirnya semua ini.Ikut pandangan saya strategi mereka sekarang ialah biar orangramai terus menerus bercakap mengenai 16 September.

“Lagipun bukan senang nak tutup malu bila sudah berbohong sebesar ini.Jadi ke Taiwan pun Taiwanlah …apa pilihan yang mereka ada lagi,”katanya.

Menurut sumber berkenaan setahunya sudah menjadi kebiasaan jika ada sesuatu misi yang amat penting dan strategik Anwar pasti akan hantar orang kepercayaannya nombor satu iaitu Azmin Ali yang juga Naib Presiden PKR.

Katanya Tian Chua,Fuziah dan Saifuddin walaupun merupakan kalangan pemimpin kanan PKR tetapi mereka ‘ agak jauh’ dari Anwar.

Lagi pun katanya Fauziah sendiri tidak pernah dianggap sebagai seorang perunding politik apa lagi misi seumpama ini.

Dari satu segi lain ada juga pihak yang mempersoalkan apakah PKR fikir mereka boleh buat apa mereka suka sampai nak kacau program orang lain di sana.

Bagi mereka kalau sudah desperado sekalipun tunggulah sehingga para Ahli Parlimen BN itu balik ke Malaysia.

“Itu program BNBBC kenapa perlu pergi nak kacau…apakah mereka fikir penubuhan kerajaan Malaysia yang baru boleh diputuskan di Taiwan…saya tidak pernah dengar cerita yang lebih mengarut daripada ini,”kata salah seorang pemerhati yang kata beliau sudah naik muak tengok gelagat mereka yang gila nak bentuk kerajaan 16 September ini.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar menyifatkan misi itu hanya membuang masa dan jelas membuktikan Anwar lebih mengutamakan agendanya sendiri dari menumpukan perhatian kepada permasalahan rakyat yang diwakilinya.

“Biarlah kita (BN) meneruskan pemerintahan. Dia ini tidak habis-habis semenjak dia aktif dalam politik, asyik nak berpolitik sahaja sehingga orang fikirkan keadaan politik di Malaysia tidak menentu.

“Ini menjejaskan kepentingan Malaysia dan kedudukan ekonomi kita. Orang ingat suasana politik di sini tidak stabil kerana apa yang dilakukan menjejaskan. Sekarang mainkanlah peranan di Parlimen sebagai Ketua Pembangkang,”katanya kepada para wartawan selepas menghadiri majlis berbuka puasa anjuran Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) di Kuala Lumpur Khamis malam.

Timbalan Speaker D Ronald Kiandee pula sifatkan gimik PKR hantar pemimpin mereka ke Taiwan untuk ‘membeli’ Ahli Parlimen BN, adalah bukti mereka amat tertekan untuk membuktikan harapan kosong mereka kepada rakyat kononnya memang ada Ahli Parlimen BN akan bersama mereka bentuk kerajaan 16 September.

Beliau adalah salah seorang yang ikuti lawatan BNBBC ke Taiwan. Katanya, PKR jelas menghina kebijaksanaan Ahli Parlimen yang digambarkan boleh dibeli untuk bentuk kerajaan 16 September.

Naib Yang Dipertua Kanan II, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB), Datuk Douglas Uggah Embas yang juga juga Ahli Parlimen Betong dan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar berkata pada para wartawan di Kota Kuala Muda dekat Sungai Petani berkata pembangkang hanya bermimpi nak tubuh kerajaan 16 September.

Katanya rata-rata ahli Parlimen dari kedua-dua negeri itu telah menyatakan hasrat dan berikrar untuk kekal bersama BN.

“Mereka selalu bercakap tentang Sabah dan Sarawak akan lompat parti.”Di Sarawak BN ada 30 kerusi. Jika pakatan pembangkang hanya mahu bergantung kepada kami untuk lompat parti maka tidak ada peluanglah.”katanya.

Menurut Douglas, para Ahli Parlimen di Sarawak dipilih menjadi ahli Parlimen oleh para pengundi yang percaya kepada prinsip dan perjuangan BN.”Jika lompat parti, ia bermakna kita membelakangi pengundi,” tegasnya.- 11/9/2008

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: