Kerajaan 16 September : Ubah jangan tak ubah…


Seperti yang diramalkan oleh banyak pihak…Parti Keadilan Rakyat (PKR) sudah ubah tarikh nak ambilalih kuasa ‘ menerusi pintu belakang ‘ dari 16 September yang digembar-gemburkan selama ini. Kini, tarikhnya mungkin dua tiga hari selepas 16 September pula.

Perubahan tarikh itu diumumkan oleh Timbalan Presiden PKR, Dr. Syed Hussein Ali kepada para wartawan selepas satu majlis di Kuala Lumpur Isnin.

Juga, seperti yang diduga alasannya ialah pemergian 49 orang Ahli Parlimen Barisan Nasional untuk lawatan sambil belajar selama lapan hari ke Taiwan.

“Ia tidak akan berlaku pada 16 September. Harinya mungkin 17 campur satu atau dua atau tiga tapi tidak lewat dari itu,” katanya.

Syed Hussein dakwa ada di kalangan 49 orang Ahli Parlimen yang sertai rombongan itu sudah bagi komitmen nak melompat.

Katanya, ketiadaan mereka di dalam negara menyulitkan perlaksanaan pelan 16 September mereka.

Ikut cakapnya mereka sedang berusaha untuk mengatasi masalah berkenaan.

Syed Hussein juga mendakwa yang Dipertuan Agong pasti akan merestui peralihan kuasa itu sebaik sahaja baginda tahu mereka sudah ada jumlah Ahli Parlimen yang diperlukan. – 8/9/2008

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: