Ahmad Ismail- dari jaguh menjadi badut


ImageENTAH `syaitan’ mana yang merasuk Datuk Ahmad Ismail dan sekumpulan kecil penyokongnya hingga ada yang bertindak mengoyak gambar Pemangku Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon. Ahmad Ismail yang pada mulanya begitu hebat berhujah membentangkan fakta dan sejarah akhirnya membuktikan beliau bukan seorang pemimpin yang matang dan tidak sesuai berada di dalam politik UMNO apabila membiarkan emosi menguasai segala tindakannya.

Ahmad Ismail yang pada mulanya boleh dilihat sebagai jaguh kepada orang-orang Melayu melakukan tindakan yang paling bodoh dalam sejarah politik tanah air dan kebodohan tersebut bukan sahaja terpaksa ditanggung oleh beliau tetapi tempiasnya turut mengena UMNO dan Barisan Nasional yang selama ini begitu agam dengan semangat perkongsian kuasa mereka.

Ternyata Ahmad yang mahu dilihat seolah-olah dia seorang sahaja yang berani menentang Gerakan akhirnya tewas dengan ledakan nafsu yang terlalu sukar untuk beliau kawal dan akhirnya Ahmad harus menanggung segala tindakan di atas kebodohan serta kerakusan untuk dilihat sebagai pembela orang-orang Melayu dan UMNO.

Sebagai orang Melayu, mereka akan menganggap tindakan Ahmad mengkritik dengan mendedahkan fakta dan hujah sejarah adalah sebagai suatu tindakan yang patut dipuji tetapi tindakan terakhir Ahmad tersebut yang mengoyak gambar Koh Tsu Koon sudah menjadi satu pertembungan peribadi antara Ahmad dengan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu dan akhirnya UMNO menjadi mangsa di atas segala keceloparan dan kebodohan Ketua UMNO Bukit Bendera ini.

Kita tidak tahu apakah sebenarnya agenda Ahmad menyerang Gerakan dengan begitu sekali? Adakah Ahmad membawa suara orang lain yang mahu merobek semangat setia kawan UMNO ataupun Ahmad mempunyai perancangan untuk memusnahkan gagasan Barisan Nasional yang selama ini terpateri dengan begitu kukuh dan bertiket jawatan sebagai Ketua UMNO Bahagian, timbul pertanyaan, apakah Ahmad adalah sebahagian daripada musang berbulu ayam ataupun gunting dalam lipatan kepada UMNO dan Barisan Nasional.

Rakyat Malaysia boleh menerima segala pertentangan hujah kerana kita dibenarkan untuk bebas bersuara tetapi dalam beberapa keadaan, dalam mengkritik, seseorang tersebut perlu ada batas dan sempadan kerana Malaysia adalah Negara yang berbilang kaum, keturunan dan agama. Kita ada Akta Rahsia Rasmi, kita juga ada Akta Hasutan dan tindakan Ahmad sekiranya terus dibenarkan tanpa sebarang tindakan susulan, kebimbangan akan bermula sekali lagi Peristiwa 13 Mei dan sekali gus meletakan rakyat dan Negara dalam keadaan yang tidak tenteram.

Kita tahu dan sedar, ada kalangan bangsa lain sering mengkritik dan mengecam orang-orang Melayu tetapi dalam masa yang sama, orang-orang Melayu menggunakan pendekatan yang begitu berhemah untuk menangkis hujah dan menggunakan platform yang betul bagi menyuarakan rasa tidak puas hati kerana tidak mahu sesuatu yang buruk tercetus hingga terjadi perbalahan kaum/

Tindakan Ahmad mengkritik orang Cina ataupun India tidak salah kerana setiap daripada kita mempunyai pandangan yang berbeza-beza walaupun sejarah telah mencatatkan segala bentuk peristiwa tetapi sebagai seorang ahli parti yang mendukung semangat perpaduan, kita tidak boleh menerima tindakan Ahmad yang mahu mempopularkan diri tetapi menjadikan UMNO dipandang serong dan bermasalah oleh rakan-rakan dalam BN.

Meskipun ada yang berpendapat dan mengesyaki bahawa Ahmad sebenarnya dipergunakan oleh individu tertentu untuk memecahbelahkan Barisan Nasional menjelang 16 September ini namun tidak kurang juga yang meyakini bahawa Ahmad sebenarnya seorang pemimpin yang ego sehinggakan sanggup menjadikan orang-orang Cina sebagai sasaran bagi kepentingan yang beliau sahaja yang tahu.

Dan dengan menganggap semua tindakan beliau betul membuktikan bahawa Ahmad Ismail tidak tahu membezakan antar kritikan membina dengan serangan peribadi. Krtikan Ahmad dilihat menterjemahkan kebencian peribadi beliau kepada Koh Tsu Koon dan bukannya berusaha mahu mencari titik noktah supaya isu itu tidak terus dibahaskan.

Kita menerima hubungan baik Ahmad dengan Anwar Ibrahim sebelum ini tetapi kita tidak mempercayai seandainya Ahmad sanggup menjadi alat kepada sahabat baiknya itu demi memecahbelahkan UMNO dan Barisan Nasional kerana Ahmad dilihat seperti orang Melayu tulen yang mahu mempertahankan bangsanya daripada terus dicerca serta dihina.

Tetapi dalam politik, hanya kerana diumpan seringgit dua, ada yang boleh bertukar daripada ustaz kepada paderi kerana dalam politik tidak ada yang mustahil.

Ahmad sepatutnya mengambil tindakan bijak dengan tidak mengusutkan lagi keadaan. Ahmad juga tidak perlu menuding jari kepada sesiapa dan sebagai pemimpin besar dalam UMNO, Ahmad harus berlapang dada bahawa kekalahan BN di Pulau Pinang bukan kerana Koh Tsu Koon seorang tetapi kerana beliau juga dan kerana 13 Ketua Bahagian UMNO dalam Pualau Pinang itu juga.

Tindakan menuding jari dan mencari salah orang lain adalah sikap kebudak-budakan dan sepatutnya semua pemimpin BN di Pulau Pinang mencerminkan diri bagi mencari kesilapan apalah sehinggakan Pulau Pinang jatuh ke tangan DAP.

Tindakan Ahmad yang enggan mengakui kesilapannya mengoyak gamabr Koh Tsu Koon itu boleh diibaratkan sebagai menyiram minyak ke dalam api. Dalam masa BN sedang bertungkus lumus mencari formula untuk mengembalikan keyakinan rakyat kepada BN, Ahmad menongkah arus dan bertindak mencalarkan permuafakatan BN yang erat selama ini.

Kita juga tidak tahu apakah 13 Bahagian yang ada sewaktu Ahmad mengadakan siding akhbar keduanya tidak memberikan nasihat ataupun menegur tindakan Ahmad tersebut dan ketololan mereka ini akhirnya mengheret UMNO dan Gerakan bertempur secara terbuka dan akan ada yang rugi dan akan ada yang bakal meraih untung.

Apa sekalipun justifikasi terhadap tindakan Ahmad, MT Umno harus memikirkan satu tindakan yang khusus di atas kesilapan Ahmad ini dan Ahmad selagi kekal dengan sikap bodoh sombongnya itu, beliau tidak layak untuk memimpin sebuah parti yang ahlinya berbagai kaum. Kita setuju dengan tindakan Ahmad mempertahankan orang Melayu tetapi kita tidak boleh menerima dalam masa kita mempertahankan hak orang Melayu, kita menjadi kurang ajar kepada bangsa lain.

Apa sekalipun alasan Ahmad, tindakan beliau membuktikan Koh Tsu Koon lebih matang berpolitik daripada Ahmad Ismail. Atas semangat BN, pemimpin seperti Ahmad tidak layak berada bersama di bawah bumbung perpaduan dan setia kawan. Dan UMNO sekiranya terus menyimpan Ahmad,kita bimbang Ahmad akan menjadi parasit ataupun dedalu yang akan merosakkan parti.

Tambahan

Apapun tindakan yang akan diambil hari ini oleh Majlis Kerja Tertinggi UMNO terhadap Ahmad Ismail, Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera Pulau Pinang,Apapun latar belakangnya,namun tidak boleh dinafikan keceluparannya mahukan supaya Gerakan disingkirkan dari BN telah memberikan semangat baru kepada ahli ahli UMNO dan maruah BN.

Inilah satu jawapan yang paling tepat dan berkesan kepada keegoan pemimpin pemimpin Gerakan yang bertindak keluar parti dan menyertai DAP dan yang masih tinggal pula bersuara mendesak supaya Gerakan keluar dari BN seolah olah Gerakan masih penting.

Ketakburan Gerakan yang bersifat kacang lupakan kulit dalam keaadaan BN lemah adalah membutikan Gerakan bukanlah lagi kawan yang boleh dipercayai,bukanlah parti yang sanggup sehidup semati dengan BN

Tindakan ahli ahlinya tidak mendorongkan pemangku presiden parti itu Dr.Koh Tsu Koon untuk menunjukan sikap dan suara kepimpinan yang boleh menampakkan keyakinan diri dan memelihara integriti Gerakan sebaliknya menimbulkan syakwasangka di kalangan UMNO dan MCA seolah olah beliau merestukannya.

Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang membincangkan salahlaku Ahmad Ismail hari ini,wajar juga membincangkan sikap”kurang ajar” Gerakan dan beberapa tindakan pemimpin Gerakan sejak sebelum pilihanraya yang menyinggung UMNO tetapi tidak diambil tindakan hingga kehari ini.

Seruan supaya Gergakan disingkirkan dari BN sekurang kurangnya membuat orang melihat Gerakan tidaklah lagi penting dalam BN.Adapun tak apa,tak ada pun lebih baik.Inilah hakikat yang sebenar yang hanya berani disuarakan oleh Ahmad Ismail.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: