Pensiangan:- Nasib malang bertimpa bagi BN ?


 

ImagePILIHANRAYA kecil Parlimen Pensiangan, Sabah akan sekali lagi menyaksikan Barisan Nasional akan menghadapi tentangan sengit dan diyakini bahawa  BN dijangka tewas mengalami nasib yang serupa dan kecundang dalam pilihan raya ini seperti mana yang berlaku di Permatang Pauh baru-baru ini. BN yang sedang menghadapi luka yang amat parah walaupun kadang-kadang terubat tetapi ada ketikanya tetap bernanah seharusnya mempunyai satu mekanisme terbaru untuk menghalang `kegilaan’ KeADILan dari memenangi kerusi tersebut.

Rakyat yang sedang mamai dek terbuai dengan segala janji manis Anwar Ibrahim yang kononnya bakal menduduki takhta di Putrajaya akan turut mamai di Pensiangan serta sekali gus menjadikan laluan BN cukup  sukar untuk mempertahankan kerusi tersebut.

Ada orang percaya bahawa gelombang yang dibawa oleh kumpulan Anwar Ibrahim yang menggelari diri mereka sebagai Pakatan Rakyat terlalu sukar untuk dibendung walaupun gelombang tersebut tidak mungkin mampu memecah pantai dan akhirnya akan tinggal buih semata-mata tetapi kerana rakyat begitu taasub kepada cerita dongeng yang bakal dibawa oleh KeADILan ini tanpa membuat pertimbangan akal yang wajar, maka pengundi di Pensiangan akan terpaksa memilih untuk mengundi pembohongan daripada kebenaran yang ada di depan mata.

Kerusi Pensiangan diisytiharkan kosong oleh Mahkamah Pilihan raya Sabah dan sekali gus membatalkan kemenangan Tan Sri Joseph Kurup dan memungkinkan satu pilihan raya kecil diadakan pada bila-bila masa sekiranya rayuan BN ditolah.

Sebagai sebuah gerakan pembangkang, mereka ini tidak sunyi ataupun kekeringan modal untuk bercerita tentang kisah dongeng, mereka tidak janggal untuk mereka-reka pembohongan yang boleh dijadikan benar dan kumpulan ini tidak akan segan silu menipu rakyat terutama sekali di Sabah hanya kerana mahu merampas kerajaan. Dan ada di antara mereka yang cukup pakar mencipta isu supaya mereka dilihat lebih hebat serta berkarisma daripada kepimpinan kerajaan yang sedia ada.

Meskipun kita tidak tahu bila pilihan raya kecil akan diadakan kerana BN merayu keputusan Mahkamah Pilihan raya Sabah tetapi gerakan pembangkang terutama sekali KeADILan sudah mula menjalankan perang saraf, sudah mula menabur janji dan mencipta kemungkinan dan sekiranya ada pengundi di Pensiangan yang buta tentang politik ataupun samar-samar mengenali perwatakan dan keperibadian kelompok pemimpin KeADILan terutama sekali Anwar Ibrahim, mereka akan diperdayakan serta diperbodohkan secara terang-terangan.

Meskipun sudah dilihat secara jelas siri-siri pembohongan daripada kelompok pimpinan dalam Pakatan Rakyat namun kerana kebencian rakyat terhadap satu dua pemimpin tertinggi dalam BN, rakyat akan menolak BN sekali lagi sebagai salah satu protes secara terbuka kepada pucuk pimpinan BN dan senario inilah akan di manipulasi sebaik mungkin oleh pembangkang untuk mengelirukan pengundi di Pensaingan.

Meskipun ada orang yang percaya bahawa rakyat Sabah kental dengan semangat Sabahannya dan tidak mudah terpedaya dengan helah pemimpin dari semenanjung terutama sekali pembangkang namun ada yang menjangkakan akan ada rakyat ataupun pemimpin Sabah yang akan tergoda dengan segala janji-janji manis daripada pembangkang.

Ada yang menjangkakan sebahagian pengundi Pensiangan yang selama ini cerdik dan pintar dalam politik akan silap perhitungan kerana telah dibuai oleh janji-janji pembangkang. Meskipun selama ini mereka telah terpedaya dengan segala helah Anwar Ibrahim sewaktu menjadi Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri satu ketika dulu, rakyat Sabah terutama sekali di Pensiangan akan lupa segala pengkhianatan yang telah dibuat kononnya hari ini mereka yakin bahawa pembangkang akan menunaikan segala janji-janji mereka yang sedang ditaburkan oleh Anwar Ibrahim hari ini.

Rakyat ataupun pengundi Pensiangan  tidak salah untuk memilih ataupun menyokong pembangkang tetapi sokongan harus dibuat menggunakan pertimbangan akal dan perlu dilihat siapa yang patut di sokong dan walaupun kita yakin rakyat Sabah pandai menilai antara kaca dan permata tetapi kerana sikap terburu-buru, kita membuang permata dan akhirnya terpilih batu-batu yang tidak berharga.

Apa sekali pun, cabaran BN di Parlimen Pensiangan ini cukup besar dan Musa Aman mempunyai tugas yang cukup besar juga bagi membuktikan bahawa angan-angan serta pembohongan Anwar tidak melekat di hati pengundi Pensiangan sekiranya PRK diadakan dalam waktu terdekat ini malah seluruh jentera BN harus bersiap sedia daripada sekarang demi memastikan bumi Sabah tidak tercemar dengan taktik kotor dan jijik pembangkang daripada semenanjung.

Sabah juga harus membuktikan bahawa mereka sebenar-benarnya negeri di bawah bayu dan mereka tidak akan membenarkan sama sekali angin lintang daing membadai kelembutan sang bayu tersebut. Meskipun BN tidak diletakkan harapan yang tinggi untuk menang namun sejarah mereka yang pernah terpedaya dengan helah politik Anwar sewaktu berada di dalam kerajaan dulu, jangan sekali lagi dibenarkan berulang. Anwar umpama bab orang berhutang, sebelum dapat berhutang, lembut gigi dari lidah tetapi bila sampai mahu membayar, berbagai-bagai alasan diberikan. Orang yang kaya dengan alasan adalah orang yang terlalu sedikit ataupun tidak mempunyai keikhlasan dan kejujuran.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: