Pak Lah panggil Ahmad


 

bhnews@bharian.com.my


Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi

Mahu penjelasan kecaman terbaru ke atas pemimpin Gerakan hari ini

PUTRAJAYA: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang kecewa dengan kemelut membabitkan Ketua Umno Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail dengan Pemangku Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, akan menemui Ahmad esok untuk dapatkan penjelasan.

“Saya sudah diberitahu mengenainya. Kita minta dia jelaskan mengapa ia berlaku begitu. Kita akan membuat keputusan sewajar dan tindakan akan diambil.

“Buat masa ini saya tidak akan memperincikannya,” katanya selepas majlis berbuka puasa bersama perwakilan dan diplomat negara anggota Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) di Wisma Putra semalam.

Mengulas lanjut, Abdullah berkata Ahmad tidak sepatutnya menyalahkan parti komponen lain berikutan kekalahan BN Pulau Pinang pada pilihan raya umum lalu, apatah lagi meminta ia disingkirkan.

“Ia sesuatu yang kita tidak boleh terima dan dia tidak patut meminta parti komponen meninggalkan BN. Itu bukan soal dia untuk bercakap,” katanya mengulas kenyataan Ahmad di Pulau Pinang semalam yang meminta Gerakan disingkir daripada Barisan Nasional (BN) dan Dr Koh dipecat sebagai Pengerusi BN Pulau Pinang

Ahmad mendakwa Gerakan sengaja mengambil kesempatan dengan menjadikan kenyataannya berhubung kaum Cina menumpang di negara ini sebagai isu perkauman untuk menyembunyikan kelemahan sendiri.

Pada sidang media di Bangunan Umno Pulau Pinang itu, beberapa ahli Umno bertindak menurunkan gambar Koh sebelum memecahkan bingkai dan mengoyakkannya.

Bulan lalu, Ahmad dilaporkan oleh sebuah akhbar berbahasa Cina sebagai berkata, orang Cina adalah masyarakat yang menumpang di negara ini. Laporan itu yang didakwa Ahmad sebagai dimanipulasi oleh pemberita, mencetuskan kemarahan masyarakat Cina.

Berikutan itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, memohon maaf bagi pihak Umno tetapi Ahmad enggan berbuat demikian kerana mempertahankan kenyataan yang menurutnya berdasarkan fakta sejarah.

Ditanya kenapa Ahmad masih membuat kenyataan sedemikian walaupun dia sudah diberi amaran agar perkara itu tidak dibangkitkan, Abdullah berkata: “Sebab itu saya kata esok kita akan buat keputusan dengan cepat selepas dia datang berjumpa saya dan Datuk Seri Najib.”

Mengenai gesaan MCA supaya beliau membuat pendirian tegas berhubung isu itu, Perdana Menteri berkata: “Sudah tentu saya akan ambil pendirian tegas berhubung isu ini.”

Mengenai kedudukan Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Joseph Kurup, berikutan keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu mengisytiharkan kemenangannya bagi kerusi Parlimen Pensiangan pada pilihan raya umum Mac lalu batal dan tidak sah, Perdana Menteri berkata keputusan akan dibuat esok.

Dewan Tertinggi BN akan mengadakan mesyuarat hari ini dan antara perkara yang dijangka menjadi agenda utama ialah membabitkan Ahmad dan Dr Koh.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: