‘Desakan Gerakan bukan ugutan’


 

 

Oleh Sariha Mohd Ali
sariha@bharian.com.my


RINGANKAN BEBAN: Najib menyampaikan sumbangan Ramadan kepada Abd Rahman Lakim, 72, dari Kampung Ketapang, di Masjid Kampung Ketapang, Pekan, semalam.

Perbincangan cari jalan terbaik jaga keharmonian Barisan Nasional: Najib

PEKAN: Datuk Seri Najib Razak berkata, Barisan Nasional (BN) tidak pernah menganggap tindakan Gerakan mendesak BN melakukan perubahan sikap dan pendekatan, selain meminta musyawarah diwujudkan semula dengan adil di antara parti komponen supaya semua pandangan diambil kira, sebagai satu ancaman yang boleh menyebabkan parti itu keluar daripada BN.

Timbalan Perdana Menteri berkata, tindakan paling penting sekarang ialah mengadakan perbincangan dan mencari jalan terbaik untuk menjaga keharmonian dan semangat setia kawan dalam BN terus terpelihara.

Berikutan itu, beliau berkata, perkara berkenaan akan dibincang dalam mesyuarat Dewan Tertinggi BN yang akan diadakan dalam sedikit masa lagi.

“Gerakan belum buat apa-apa keputusan untuk keluar daripada BN, malah kita menghargai peranan semua parti komponen BN dan sebarang masalah yang berlaku diharap akan dirundingkan atas semangat BN.

“Saya sendiri tidak menganggap desakan Gerakan terhadap BN yang mahukan perubahan itu sebagai satu ancaman atau ugutan, dan berharap ia tak akan sampai ke peringkat Gerakan keluar BN,” katanya selepas selesai mempengerusikan mesyuarat Umno Bahagian Pekan, di sini petang semalam.

Kelmarin, akhbar melaporkan, Gerakan membuat perakuan untuk kekal bersama BN, walaupun sebelum itu wujud nada mengugut untuk bertindak keluar daripada BN jika tidak dilakukan sebarang perubahan atau pembaharuan bagi mengembalikan semula kegemilangan BN.

Pemangku Presidennya, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, semalam juga mengulangi perkara sama, sambil mendesak supaya BN menggubal kod etika dan membentuk lembaga disiplin bagi memastikan anggota parti gabungan itu tidak menyentuh isu sensitif yang boleh menyinggung perasaan anggota lain.

Sementara itu, mengulas saranan MCA Kedah yang meminta diwujudkan empat Timbalan Perdana Menteri mewakili kaum, Najib berkata:

“Tak payahlah… ada macam-macam pandangan dan tak payah kita ulas,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: