BN perlu kembali kepada perjuangan asas


Barisan Nasional (BN) di semua peringkat perlu kembali kepada perjuangan asas bagi memastikan ia terus kukuh dan terus memerintah negara, kata Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

shafie apdalBeliau yang juga Timbalan Pengerusi BN Sabah berkata tugas utama kepimpinan BN sekarang ialah berusaha mengukuhkan parti dengan mengutamakan titik persamaan dan bukan mencari titik perbezaan di kalangan mereka.

“Apa yang penting kepada kita ialah kembali kepada perjangan asas iaitu untuk perpaduan BN sebagai satu landasan untuk terus memerintah negara, seterusnya menyatupadukan masyarakat.

“Kepimpinan dari peringkat atas hingga ke akar umbi perlu mengambil initiatif supaya program dan agenda penyatuan keluarga BN menjadi satu perjuangan  utama, bukannya menghebahkan perkara-perkara yang boleh memecahbelahkan sesama kita,” katanya kepada pemberita di majlis berbuka puasa bersama  masyarakat Semporna semalam.

Menurut laporan Bernama, Shafie berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai gesaan pemangku Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon yang mahukan kod etika diwujudkan dalam BN bagi  menghalang anggota parti komponen daripada mengeluarkan kenyataan yang boleh menyinggung perasaan pihak lain.

Menurut Shafie, BN sepanjang tempoh 50 tahun telah membuktikan keupayaannya bukan sahaja membangunkan negara tetapi juga kejayaannya dalam menyatupadukan masyarakat perlbagai kaum dan agama di negara ini.

“Maknanya kita (BN) mempunyai asas dan pengalaman yang amat bermanfaat untuk membolehkan kita menstabilkan politik di negara ini,” katanya.

Menurut Shafie, usaha pengukuhan semula BN bukanlah suatu perkara yang tidak boleh dicapai kerana kepemimpinan parti-parti komponen BN sama ada Gerakan, MCA, MIC dan  Umno yang lalu telah membuktikannya.

Sehubungan itu Shafie berkata usaha menjayakan penyatuan BN dan masyarakat perlu diutamakan dan bukannya berbalah, berpecah dan bertelingkah disebabkan perkara  yang tidak membolehkan parti itu bersatu.

“Usaha (mengukuhkan BN) perlu dipertingkatkan dari semua sudut tapi ia  perlu dilakukan mengikut landasan BN. Saya yakin kalau pucuk pimpinan BN boleh perincikan  semua ini, ia boleh menjadi panduan kepada semua anggota BN,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: