Khalid anggap lawat mangsa ribut Selat Klang buang masa


 

KLANG: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mempertahankan pendiriannya tidak turun padang melawat mangsa ribut di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selat Klang di sini kerana menganggap tindakan itu membuang masa dan membazir wang.

Beliau berkata, walaupun kerajaan Pakatan Rakyat mementingkan kebajikan rakyat, tidak bermakna beliau perlu turun padang atau menunjukkan muka kepada mangsa bencana alam itu.

Abdul Khalid berkata, beliau mempunyai ramai Exco dan wakil rakyat yang menjalankan tugas mengendali dan menguruskan agihan bantuan kepada mangsa.

“Tidak perlu saya turun padang kerana ia membazirkan masa saya,” katanya selepas menyampaikan bantuan kepada mangsa ribut di Dewan Orang Ramai Teluk Gadong di sini, semalam.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam mengkritik Abdul Khalid dan menuduh Menteri Besar itu tidak prihatin kerana tidak turun padang melawat mangsa bencana alam.

Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu mendakwa Abdul Khalid seolah-olah tidak mengambil berat dengan nasib mangsa ribut apabila tidak menghantar bantuan segera kepada mangsa yang menghadapi pelbagai kesusahan.

Kritikan itu dibuat selepas Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Muhammad Muhd Taib melawat mangsa dan menyerahkan bantuan RM300 kepada 340 keluarga yang rumah mereka rosak teruk, sehari selepas kejadian.

Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) turut menyumbangkan RM100,000 untuk membeli dan menggantikan atap rumah yang rosak itu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: