Kenyataan Dr Koh rugikan BN, negara


KUALA LUMPUR: Beberapa pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) menyifatkan Gerakan terlalu emosional dengan mengugut keluar daripada BN dan meminta Pemangku Presidennya, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon berhenti daripada mengeluarkan kenyataan yang hanya merugikan BN dan negara.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, berkata isu itu sepatutnya dibincangkan secara tertutup sebagai satu keluarga.

“Kita boleh duduk berbincang sesama parti komponen bagi mencari jalan sesuai. Tak payahlah sampai dibawa keluar isu ini (dalam media),” katanya selepas melancarkan papan tanda Jalan Tunku Abdul Rahman dan Tun Razak di Peringgit, Melaka, semalam.

Kelmarin, Dr Koh berkata, Gerakan masih belum menetapkan masa khusus untuk bertindak seperti itu, namun akan berbuat demikian dalam satu tempoh yang dianggap munasabah.

Katanya, pembaharuan yang ingin dilihat parti itu dalam BN ialah perubahan sikap dan pendekatan serta semangat musyawarah diwujudkan semula dengan lebih adil antara parti komponen supaya semua pandangan diambil kira.

Beliau berkata, pendirian Gerakan ialah untuk terus mendesak supaya dilakukan perubahan serta pembaharuan dalam BN, namun jika selepas itu tidak berhasil, dalam satu tempoh yang munasabah, parti itu akan mengkaji semula pendirian untuk bersama BN.

Mohd Ali yang juga Ketua Menteri berkata, sewajarnya semua pihak dalam BN pada masa ini menumpukan usaha membela rakyat dan melaksanakan semua dasar yang dipersetujui.

Naib Presiden MCA, Datuk Ir Donald Lim Siang Chai, berkata sebagai pemimpin parti, Dr Koh tidak seharusnya cepat melatah apabila timbul rasa tidak puas hati berhubung sesuatu isu.

“Berapa kali perlu diingatkan, BN sudah lama mengamalkan dasar muafakat mengenai semua isu. Ketika ini kita berada dalam saat kecemasan, janganlah keluarkan kenyataan yang boleh dimanipulasi pembangkang.

“Sebagai ketua, beliau (Dr Koh) seharusnya lebih matang berdepan sesuatu isu, selain wujud keperluan untuk menstabilkan situasi itu,” katanya ketika dihubungi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: