Pendatang: Fakta atau Provokasi.


Datuk Abdul Rashid Abdullah (Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang) berkata, apa yang diperkatakan oleh Datuk Ahmad Ismail mengenai ‘orang Cina adalah menumpang’ merupakan satu fakta sejarah yang tidak patut diragui mana-mana pihak. Benarkah ianya fakta? Menurut Abdul Rashid, dalam ceramah di Permatang Pauh itu, Ahmad menerangkan mengenai zaman sebelum kemerdekaan apabila British membawa masuk orang Cina dan India untuk bekerja di lombong serta ladang di Tanah Melayu. Apakah sejarah orang Cina di Malaysia?
Orang Cina Malaysia ialah orang Cina luar negara yang menjadi warganegara atau penduduk tetap di Malaysia. Kebanyakan mereka ialah keturunan pendatang dari China yang tiba di Malaysia sekitar abad ke-15 hingga pertengahan abad ke-20. Di Malaysia, lazimnya kaum ini dirujuk sebagai “orang Cina” dalam semua bahasa. Istilah Orang Cina Malaysia agak jarang dipakai di negara ini. (Rujuk)
Pendatang Cina awal (sejak abad ke-15 di Melaka, abad ke-18 di Pulau Pinang) membentuk suku kaum Cina Peranakan atau Cina Selat yang memeluk kebanyakan adat Melayu secara takat-takat yang berbeza (terhad di Pulau Pinang, menyeluruh di Melaka), berbahasa Melayu, tetapi mengekalkan amalan agama Cina. Sebaliknya pula, pendatang-pendatang yang lebih lanjut (seawalnya abad ke-19) yang mengekalkan adat Cina dikenali sebagai sinkheh “tetamu baru”.
Pada tahun 1942, Tun Dato Sir Tan Cheng Lock (Presiden Pertama Persatuan Cina Tanah Melayu, MCA) ketika memulakan Persatuan Cina Perantauan India (OCAI) mengirimkan memorandum kepada Pejabat Penjajah untuk memberikan kewarganegaraan kepada mereka yang bukan dilahirkan di Tanah Melayu. Persoalan ini kemudian dimasukkan oleh pihak British sebagai salah satu prinsip dalam penubuhan Malayan Union. Akhirnya Orang Cina Malaysia diterima menjadi warganegara Malaysia.
(Gambar: Kempen Asal Bukan UMNO, ABU dalam PRU12. Ini bibit bibit awal gerakan untuk pecahkan komponen BN?). Pada 5 September, Gerakan mengancam akan keluar BN. Kemudian, pada 6 September, jam 2.30 petang, Datuk Tan Chin Meng (Ketua Pemuda MCA Perak) menggesa pucuk pimpinan MCA untuk keluar dari Barisan Nasional. Semuanya berpunca dari kenyataan Datuk Ahmad Ismail (Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera). Ketika MCA hampir dengan pemilihan parti ada isu yang dibesar besarkan oleh media berbahasa Cina. Apa tujuan pembesaran isu ini sebenarnya? Mempercepatkan proses lompat parti atau mengikis keyakinan ahil MCA dan Gerakan pada BN?
Tiada ada sesiapa yang mendapat hak asasi dan kebebasan diri yang berlainan di Malaysia. Orang Melayu, Cina dan India mendapat hak dan kebebasan diri yang sama. Cuma yang membezakan ialah hak antara bumiputera dan bukan bumiputera. Dalam Perlembagaan Malaysia, Bahagian 2, Perkara 8 (1) telah dinyatakan bahawa semua orang adalah sama rata dari sisi undang undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata dari segi undang-undang.
Namun begitu ada satu parti politik yang menawarkan untuk menjadikan Malaysia ini lebih liberal dan terbuka dengan gagasan “Malaysian Malaysia”. Lim Kit Siang begitu obses dengan agenda untuk mewujudkan “Malaysian Malaysia”. Adakah Bangsa Malaysia ini menjadi satu tawaran politik terbaru Pakatan Rakyat juga bila TPM ditawar kepada Cina dan India? Hakikatnya Bangsa Malaysia adalah satu konsep. Ianya akan tinggal sebagai konsep sahaja bukan kenyataan. Siapa yang tidak sayang bangsanya sendiri.
Identiti negara Malaysia adalah pembentukan berlandaskan kepelbagaian ciri bangsa iaitu Melayu, Cina, India dan bumiputera Sabah & Sarawak. Inilah uniknya Malaysia. Perpaduan yang wujud adalah hasil persefahaman dan muafakat pelbagai bangsa. Hasil toleransi ini, maka wujudlah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil di Malaysia. Ada atau tidak SJK (Melayu) di Singapura? Ada atau tidak SJK (C) untuk orang cina di Indonesia dan Thailand?
(Gambar: Sudah dimansuh, tetapi mengapa ada lagi iklan yang wajibkan bahasa Mandarin?). Jika mahukan konsep bangsa Malaysia, yang perlu ada hanyalah Sekolah Wawasan. Bahasa yang perlu diajar adalah bahasa nasional iaitu Bahasa Melayu. Kini, mengapa huruf rumi yang menjadi sejarah orang Melayu sejak 700 tahun dulu dipertikaikan oleh DAP? Di Pulau Pinang, ada syarat menyatakan untuk menjadi bekerja di kilang perlu fasih berbahasa Mandarin. Mengapa ada syarat sebegini? Adilkah pada graduan muda berbangsa Melayu, India dan bumiputera Sabah & Sarawak? Kita bertuah kerana ada nasi lemak, koeteuw dan tosai di Malaysia. Keunikan ini tidak ada di negara lain.
AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: