Bilakah DAP Hendak Minta Maaf?


(Gambar : Teresa Kok menunjukan rasa tidak puas hati kepada tulisan jawi di Jalan Taman Seputeh). Teresa Kok bersama dengan sekumpulan penyokong DAP telah membantah cadangan DBKL untuk menulis nama jalan-jalan di Kuala Lumpur dengan tulisan Bahasa Malaysia dan Jawi pada 14 Februari 2008. Teresa complaint tulisan jawi. Selepas itu, bila menang lima buah negeri dalam PRU12 dan projek RM100 juta diluluskan, dia memanggang pula lima ekor MR B. Apakah tulisan jawi itu sesuatu yang dianggap racist juga? (Gambar: Teresa menunjuk nunjuk pada tulisan jawi di Jalan Taman Seputeh). Pada 26 Jun 2008, Teresa Kok mengepalai satu petisyen penduduk di Puchong kepada Datuk Mohd Satim Diman (ADUN Seri Serdang) mencadangkan agar laungan azan diperlahankan dalam Dewan Undangan Negeri Selangor kerana didakwa menggangu ketenteraman penduduk. Siapa yang ganggu ketenteraman siapa sebenarnya?

(Gambar: Namewee menyatakan azan seperti nyanyian lagu). Pada 15 Julai 2007, Namewee telah menghina lagu Negaraku, menghina azan dan menyatakan bahawa orang Melayu adalah sakai dalam lagunya yang dipaparkan dalam You Tube. “Kritikan berhubung nyanyian Negaraku oleh Wee Meng Chee di Internet menggambarkan hipokrasi pimpinan BN. Dengan mengambil sikap jumud, ia akan mengekang kreativiti rakyat. Ruang mesti diberikan untuk rakyat bersikap kreatif dan bebas bersuara.” komen Anwar Ibrahim berhubung isu Namewee dalam blognya. Bersifat kreatif kah kita jika membuat lagu menghina azan?

(Gambar: Namewee menyatakan azan kadang kadang seperti RnB). Berdasarkan komen Anwar dalam blognya terhadap Namewee, apakah Ketua Pembangkang sendiri memberi green light untuk orang lain membuat sesuka hati terhadap bangsanya sendiri? Siapa yang hipokrasi? Tanpa sebarang rasa bersalah, mereka enggan pun memohon maaf malah meminta orang lain pula memohon maaf.


Jangan hairan, jika ada orang Melayu yang malu mengaku dia Melayu lagi. Mereka rela membiarkan DAP bersikap sedemikian tanpa berasa bersalah pun. DAP yang berulang kali menolak dasar negara Islam, tidak pernah pun minta maaf pada rakan kongsinya iaitu PAS. Sepatutnya orang PAS desak DAP minta maaf terlebih dahulu. Barulah boleh berpakat buat kerajaan baru. Atau Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang minta maaf bagi pihak DAP.

AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: