PM ke-6 : Permatang Pauh dah geli geleman


ImageSETINGGI-TINGGI TAHNIAH diucapkan kepada seluruh penduduk Permatang Pauh kerana telah memberikan kemenangan kepada Anwar Ibrahim dalam pilihan raya kecil pada 26 Ogos lalu.  Ternyata majoriti pengundi telah menyambut semua cabaran dari Barisan Nasional.  Tidak lupa juga diucapkan TAKZIAH kepada pengundi yang telah bersusah payah memilih calon BN, Datuk Arif Shah Omar Shah.

Sekali gus, pemilih Permatang Pauh mahukan Anwar menjadi wakil parlimen mereka kerana mereka sangat percaya Anwar akan menjadi Perdana Menteri pada 16 September ini, tak lama lagi  dan sangat-sangat mengharapkan Anwar tidak akan melupakan Permatang Pauh selepas itu untuk melimpahkan segala nikmat dan rahmat yang pastinya digambarkan lebih dari apa yang BN mampu lakukan kalau memenangi kerusi parlimen di situ.

Dalam masa tidak berapa hari sahaja lagi Anwar akan dinobatkan sebagai Perdana Menteri, penduduk Permatang Pauh akan menikmati segala-galanya dan akan terus menjadikan ia sebuah kawasan yang gilang gemilang, terang benderang dan sibuk seperti bandar-bandar besar lain seperti Pulau Pinang, Johor Bharu dan mungkin lebih dari Kuala Lumpur.

Serentak itu juga, mana rumah yang robek-robek tidak akan wujud lagi kerana Perdana Menteri baru itu akan memindahkan mereka ke rumah walaupun tidak banglo, tetapi sekurang-kurangnya rumah teres yang boleh dibeli dengan cara mudah bayar seperti membeli barangan di Courts Mammoth.

Anak-anak muda yang sekarang ini menunggang motor jenis “cub”, akan meronda di Permatang Pauh dengan motor berkuasa besar pula kerana mereka masing-masing akan diberikan projek pembangunan di situ.  Akan bersusunlah Mercedes Benz, BMW, Honda model terbaru di rumah masing-masing kerana Perdana Menteri Malaysia sudah digantikan dengan orang watan Permatang Pauh.

Hebat! Memang hebat.  Tetapi ingat, itu kalau Anwar jadi Perdana Menteri.  Tapi kalau beliau masih lagi hanya jadi ahli parlimen biasa, penduduk Permatang Pauh kena tunggu entah berapa tahun lagi atau sekurang-kurangnya lagi lima tahun untuk terus membantu Anwar dan PKR memenangi tempat-tempat lain lagi hingga beliau dapat meraih 2/3 kerusi parlimen dan membentuk kerajaan baru.

Kalau tidak berjaya juga lagi, penduduk Permatang Pauh kena bersabar tambah lima tahun lagi dalam pilihan raya ke-14 pula untuk merealisasikan cita-cita anak watan itu menjadi Perdana Menteri.  Dari lima tahun dan kemudian dijadikan sepuluh tahun sebenarnya tidak lama. Kalau mereka boleh tunggu sepuluh tahun untuk menaikkan Anwar Ibrahim, apalah sangat sepuluh tahun lagi misalnya.

Pejam celik, pejam celik sudah sepuluh tahun.  Mana yang sudah berumur melebihi 60 tahun itu sudah patut berpesan kepada anak cucu mereka supaya dalam pilihan raya akan datang, jangan lupa, lupakan parti lain terutama Barisan Nasional dan ingat saja PKR dan Anwar Ibrahim dan undilah PKR walaupun ketika itu Anwar sudah tiada.

Pesanan atau boleh dikatakan wasiat seumpama itu perlu ditegaskan mulai sekarang supaya anak cucu generasi hari ini tidak mengabaikan tanggungjawab mereka memangkah PKR selagi Anwar Ibrahim ada dan selagi beliau belum dapat jadi Perdana Menteri.  Harapan penduduk Permatang Pauh meletakkan harapan dan nasib mereka hanya kepada Anwar kerana Anwar sahaja yang layak jadi Perdana Menteri dan tidak akan lupa jasa orang kampungnya yang telah memberi laluan untuk beliau terus mara ke hadapan.

Pada ketika ini sementara menunggu Anwar nak jadi Perdana Menteri, orang-orang Permatang Pauh sudah boleh memohon benda-benda kecil dari beliau.  Mana-mana anak muda yang lepasan universiti, IPTA/IPTS atau yang lulus SPM atau yang sudah tidak berminat untuk belajar lagi, bolehlah mula bertemu dengan ahli parlimen mereka untuk mendapatkan kerja.  Mereka yang berminat untuk berniaga, mintalah bantuan Anwar untuk mendapat projek terutamanya dari Negeri Pulau Pinang.  Mereka pasti akan tolong kerana negeri pemerintahan Lim Guan Eng adalah orang yang cukup hormat pada Anwar.

Sekurang-kurangnya bila Anwar balik ke kawasan, dapatkanlah surat sokongan dari beliau untuk mendapatkan kerja. Kalau tak dapat di Pulau Pinang, mintalah sokongan beliau untuk bekerja di Negeri Selangor.  Berhijrahlah ke negeri mana yang difikirkan berpotensi kerana terutama Selangor adalah negeri terbuka untuk anak-anak orang Permatang Pauh.

Inilah masanya kedua-dua kerajaan negeri patut membuka pintu mereka untuk orang Permatang Pauh menambahkan pendapatan.  Tambah pula di Selangor akan membuka ladang ternakan babi terbesar tidak lama lagi.  Pasti terdapat banyak jawatan kosong.  Janji jangan sentuh dan makan babi, sudah.  Bekerja dengan syarikat ternakan babi tak mengapa.  Mereka boleh halalkan.

Kalau hendak dekat dengan kampung halaman, dapatkan projek dan kerja di Pulau Pinang.  Pastinya Uncle Guan Eng akan memastikan orang yang datang dari Permatang Pauh mesti ditolong.  Kalau tidak, mereka takut akan menderhaka dengan Anwar.

Kalau rasa nak kerja di Kedah yang juga dikira dekat, jangan lupa minta Anwar rekomen melalui YB Husam Musa kerana dia pun pro betul dengan Anwar.  Anwar pun cukup mengharapkan Husam untuk memisahkan fahaman dan idealogi PAS.  Jangan minta dia rekomen kepada Tok Guru Nik Aziz dan Dato’ Seri Abdul Hadi Awang.  Mereka tu tak berapa setuju dengan strategi PKR dengan DAP ketepikan perjuangan Islam!

Jangan lupa pula bila sampai masa mengundi nanti, pastikan PKR terus menang lagi.  Penduduk Permatang Pauh sanggup tunggu walaupun dua puluh tahun lagi untuk mendapatkan limpah rahmat dari tangan Anwar kalau beliau jadi Perdana Menteri.  Bersabarlah.  Kalau Anwar dapat jadi Perdana Menteri dalam tempoh seminggu pun jadilah dan pasti semua kampung di Permatang Pauh akan jadi bandar dan bandar-bandar sekitarnya akan jadi bandar raya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: