Petrol turun 15 sen lagi


Oleh Abdul Razak Raaff
raaffar@bharian.com.my


Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi

Jika pasaran dunia terus susut: PM

PUTRAJAYA: Kerajaan akan menurunkan 15 sen lagi harga petrol dan diesel akhir tahun ini jika harga minyak mentah dunia terus susut di bawah paras AS$109 setong, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

“Harga minyak mentah dunia turun naik, tetapi kalau ia boleh kekal pada paras AS$109 setong sehingga hujung tahun, sudah tentu saya gembira untuk mengurangkan 15 sen lagi daripada harga sekarang.

“Kita sentiasa membuat kajian serta pemantauan mengenai harga minyak mentah dunia dan mengikut kaedah serta formula yang digunakan sekarang, maka rakyat akan menikmati penurunan harga bahan api 15 sen,” katanya.

Abdullah yang juga Menteri Kewangan berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Kewangan Negara 2008, semalam. Hadir sama, Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Wan Abdul Aziz Wan Abdullah.

Sebelum ini, kerajaan memutuskan harga petrol diselaraskan setiap 1 hari bulan berdasarkan purata bulanan harga minyak mentah dunia dan penetapan subsidi 30 sen seliter. Formula pelarasan itu hanya dilaksanakan jika harga pasaran bulanan minyak mentah dunia susut di bawah paras AS$125 setong, iaitu kadar ketika penstrukturan semula subsidi minyak diumumkan kerajaan pada 4 Jun lalu.

Pada 22 Ogos lalu, kerajaan mengumumkan penurunan harga runcit petrol RON97 dan RON92 masing-masing sebanyak 15 sen dan 22 sen kepada RM2.55 dan RM2.40 seliter manakala harga diesel turun lapan sen kepada RM2.50 seliter, berkuat kuasa keesokan harinya.

Abdullah berkata, kerajaan sentiasa berusaha memberi yang terbaik kepada rakyat dan keputusan menurunkan harga bahan api bulan lalu itu adalah antara langkah yang diambil untuk mengurangkan beban orang ramai, terutama golongan berpendapatan rendah.

“Jika harga minyak mentah dunia terus menunjukkan penurunan yang stabil, maka kita akan memberi sesuatu yang terbaik kepada rakyat,” katanya.

Sementara itu, Perdana Menteri yakin kerajaan dapat menurunkan defisit fiskal tahun depan kepada 3.6 peratus daripada 4.8 peratus tahun ini menerusi pelbagai pendekatan ekonomi yang akan dilaksanakan.

Abdullah berkata, defisit fiskal tahun ini meningkat kerana perbelanjaan mengurus dan pembangunan bertambah kepada RM9.6 bilion bagi tempoh Januari hingga Jun lalu, berbanding lebihan sebanyak RM975 juta bagi tempoh sama tahun lalu.

Mengenai nilai ringgit, Abdullah berkata: “Walaupun pada waktu ini nilai ringgit berkurangan, belum sampai pada peringkat membimbangkan”

Terdahulu, ketika berucap pada mesyuarat itu, Abdullah berkata, Kementerian Kewangan akan memantau secara berterusan bagi memastikan jumlah pinjaman dan pendahuluan dibuat kerajaan negeri dijelaskan mengikut jadual.

Katanya, tunggakan bayaran balik pinjaman kerajaan negeri sehingga 31 Disember 2007 berjumlah RM3.036 bilion manakala bayaran balik pinjaman yang dibuat kerajaan negeri daripada tempoh 1 Januari hingga 30 Jun lalu sebanyak RM87.54 juta berbanding jumlah anuiti sebanyak RM274.01 juta bagi tempoh sama.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: