PKR – Menjana semula penjajahan negara?


ImageDI MALAYSIA, t-shirt berwarna kuning dipakai oleh demonstran BERSIH ketika Perhimpunan Bersih pada 10 November 2007 untuk membantah sistem pilihan raya yang dikatakan tidak adil di hadapan Istana Negara. Apabila menang di lima buah negeri, segalanya seolah bersih bagi BERSIH. Tiada nampak lagi peranan aktif BERSIH dan Malaysian For Free Election (MAFREL) bila pembangkang menang.

BERSIH bertukar jadi PROTES dan memakai baju berwarna merah pula. Yang untungnya ialah DAP. Mereka tidak turun pun berdemonstrasi tetapi menang banyak kerusi hasil usaha keras ahli ahli PAS.

Di Thailand para demonstrasi memakai t-shirt kuning (gambar) untuk menjatuhkan Samak Sundaravej (Perdana Menteri Thailand). T-Shirt kuning dipakai kerana melambangkan raja. Protestan telah berkumpul mendesak Samak meletak jawatan. Malah laluan airport di Krabi dan Hadyai turut dihalang.

Apakah secara kebetulan t-shirt para demonstrasi di Malaysia dan Thailand mempunyai warna yang sama iaitu kuning? Tujuan demonstrasi ini juga sama. Kedua-duanya diadakan untuk mewujudkan krisis keyakinan yang besar pada kerajaan.

Mengapa Thailand dan Malaysia menjadi sasaran laporan hak asasi manusia ini? Apakah layanan hak asasi di Teluk Guantanamao baik belaka?

FNF beribu pejabat di Thailand di alamat No. 29 BBC Tower, 25th Floor, Sukhumvit 63 Road. FNF pernah berkunjung ke Malaysia untuk program latihan di Hotel Micasa pada 11 Jun 2006, Hotel Istana pada 13 Julai 2005 dan di Hotel Sheraton Imperial pada bulan November 2006. FNF juga pernah menaja satu program Menjana Tenaga Kemenangan, MTK di Melaka pada 11 Mac 2007. Sungguh komited sekali FNF menaja dan mengambil tahu hal ehwal politik di Malaysia dan Thailand, sedangkan FNF ini berasal daripada Jerman. Ada apa-apa yang diharapkan sebagai balasan oleh FNF?

Apa yang menarik FNF memberi ruang dan fokus yang besar terhadap Anwar Ibrahim. Kenyataan dan paparan video mengenai Anwar dipaparkan dalam laman FNF. Apakah ini ada kaitan dengan pertemuan Anwar dengan Dr. Otto Graff Lambsdorff di Munich Jerman pada Oktober 2004?

Jika begitu, apakah sebenarnya yang dirancang pada 16 September nanti? Kerajaan baru atau akan ada perhimpunan “kuning” sekali lagi di Kuala Lumpur bagi mendesak Perdana Menteri turun sebagaimana yang berlaku di Thailand. Ada tangan-tangan tersembunyi di sebalik semua ini?

Pada 27 Jun 2008, Nizar Jamaluddin (MB Perak) ketika menggulung usul dalam Dewan Undangan Negeri bercadang memberi status hak milik kekal selama 999 tahun kepada penduduk yang mendiami lot-lot tanah di kampung baru. Nizar berkata “rasional untuk memberi hak milik kekal selama 999 tahun dibuat berdasarkan prinsip keadilan dan ia mengikut apa yang dibenarkan oleh Kanun Tanah Negara”.

Pada 31 Ogos 2008, Nizar bercadang untuk memberikan 400 hektar tanah kepada sembilan sekolah menengah persendirian Cina di Perak. Menurut laporan akhbar cina tersebut, pemberian itu bagi membolehkan sekolah tersebut mengusahakan tanah berkenaan untuk mendapat pendapatan tambahan bagi membiayai kos pentadbiran sekolah. Nizar berkata, peruntukan RM30,000 setahun kepada setiap sekolah pada masa ini tidak memadai

Oleh itu, sebagai langkah jangka panjang, kerajaan negeri Perak (campuran PAS, DAP dan PKR) memutuskan untuk memberi tanah kepada sekolah terbabit bagi membolehkan mereka menubuhkan sebuah syarikat untuk mengusahakan tanah tersebut.

Apakah tindakan Nizar ini dipengaruhi oleh mana-mana EXCO DAP? Atau sebagai umpan untuk memastikan exco-exco DAP memuji Nizar sebagai seorang yang baik hati? Bagus juga ada cadangan agar Nizar memberikan tanah yang sama untuk sekolah sekolah pondok. Jika ikut prinsip keadilan, sekolah pondok wajar mendapat hak yang sama. Lagipun di sekolah pondok ramai yang sokong Nizar.

Pada 25 Ogos lepas, Jamaluddin Mohd Radzi (Exco Pembangunan Usahawan, Pertanian dan Perdagangan Perak, ADUN PKR Behrang) dan Mohd Osman Mohd Jailu (Exco Perlancongan, Modal Insan dan NGO, ADUN PKR Changkat Jering) masing-masing dituduh menerima sogokan berjumlah RM5,000 dan RM100,000 daripada seorang individu sebagai imbuhan untuk mempercepatkan proses mendapatkan kelulusan projek perumahan seluas 54 hektar tanah di Seri Iskandar. Kini, 400 hektar pula diberikan.

Inilah tempat tumpah darah kita. Tanahair kita. Sebuah negara yang bernama Malaysia. Usia kemerdekaannya baru 51 tahun. Tanah ini pernah dijajah 446 lamanya oleh Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun. Pernah juga terima ancaman dari Bintang Tiga. Akhirnya kita merdeka sebagai sebuah negara yang berdaulat.

malaysiahariini

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: